CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada Niat Pertikai Mahkamah, Sebagai Seorang Sahabat Umno Yakin Najib Berada Di Pihak Yang Benar - Zahid Hamidi

31-10-2024 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 26437| Komen: 13

 


PETALING JAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus mendoakan beliau diberikan keadilan sewajarnya.

Ahmad Zahid berkata, beliau menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak berniat mempertikaian keputusan mahkamah.

“Saya dengan rasa penuh penghormatan terhadap kedaulatan undang-undang dan tanpa sebarang niat untuk mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang telah membuat dapatan prima facie selanjutnya memanggil untuk membela diri mantan pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

“Keputusan ini bukanlah satu pengesahan bahawa beliau telah terbukti bersalah, tetapi adalah ruang dan peluang Datuk Sri Najib untuk membela diri dan membuktikan diri beliau tidak bersalah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.


Beliau berkata, mewakili UMNO dan BN serta juga sebagai seorang sahabat, pihaknya yakin Najib berada di pihak yang benar.

“Kami akan terus memberikan sokongan untuk memastikan beliau mendapat keadilan.

“Kami juga akan sentiasa mendoakan agar pelaku sebenar di sebalik penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibawa ke muka pengadilan dan mudah-mudahan Datuk Sri Najib diberikan keadilan sewajarnya,” katanya. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote suri33 31-10-2024 10:58 AM
Tolong la dia wak. Kes wak settle dh kan berpuluh2 tu. Hebat 1 pn tak sangkut.
Quote kemaruk 31-10-2024 11:00 AM
Cukup ketua.... kami malu
Quote Mary_jane 31-10-2024 05:44 PM
Alahai geng mahkamah. Saling support gitew.
Quote Belibis 1-11-2024 08:08 AM
Dalam proses kumpul kekuatan pucuk pimpinan bermasalah.[em:3:]
Quote Firenzza 1-11-2024 09:36 AM
Sudah la wak, pandai plk nk nasihat hakim, ko aritu nyaris2 ke dlm jg tp nuart tlg ko demi nk berkuasa
Quote grouper 1-11-2024 10:00 AM
Banyak sangat team dlm umno..dlu Zahid ni geng najib ke..skang geng mana yg paling power dlm umno? Hishamudin ngan sape..kj?
Quote laksmanabentan 1-11-2024 11:12 AM
suri33 replied at 31-10-2024 10:58 AM
Tolong la dia wak. Kes wak settle dh kan berpuluh2 tu. Hebat 1 pn tak sangkut.

sbb kes wak tu settle ler dia percaya boleh settle la kes bijan...
Quote otai_g 1-11-2024 02:39 PM
Kat msia ni kena tgk sp yg jd pm. Sapa yg jd pm dia lah raja dewa kat msia ni. Ms najib jd pm Kes 1mdb ni x ada Kes pun

Dan sbb cikgu jd pm jgk Kes anak murid blh jd suci. Hebat kan msia?
Quote areyam 1-11-2024 02:51 PM
klu wak bleh lepas bijan... mmg hebat laa... layak jadi Presiden Ameno 3 penggal lagi....
Quote supernaturalee 1-11-2024 03:34 PM
mcm nk kena topup silikon je tu


Quote ekselen 1-11-2024 04:35 PM
kalau bkn sahabat kau mesti kau takkan ckp camni kan? dasarrrrr
Quote TeropongThaico 1-11-2024 05:33 PM
Cakap je ke mmg betul2 maksudkan ni???
Kang ajib keluar tak takut ke jahid kena cantas. Ramai yach yg sokong boshkur berbanding jahid47 ni
Quote venomlady 2-11-2024 02:44 PM
Ko diam lah pak jahit! Kaki makan duit rakyat! You should have gone rotten to the hell.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.041245 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top