PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi tip mudah menggunakan papan dan tanah liat untuk menghalang air daripada masuk memandang musim banjir telah bermula. Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Nurul Atyra, wanita itu menunjukkan pintu rumahnya yang telah siap dihadang dengan sekeping papan putih. Menariknya, papan itu ‘ditampal’ menggunakan tanah liat berwarna-warni seperti tanah liat yang biasa kanak-kanak main. Menurutnya, cara ini berjaya menghalang air banjir dari memasuki rumah dan dia turut menggalakkan pengguna media sosial lain untuk mencuba teknik ini. Sementara itu, ramai pengguna media sosial yang teruja dengan idea kreatif yang diberikan oleh Atyra.
“Bulan ini lah paling banyak kebijakkan yang terpendam terserlah,” komen Mimin. “Nak cuba buat kak tapi pintu masuk rumah ada tiga, dengan ‘sliding door’ lagi. Letih aku nak buat semua,” ujar Bunga. Sumber : – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT