CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“So Far Saya Tanya Cita-Cita Nak Jadi Apa, Anak-Anak Saya Nak Jadi Ustazah” – Syafiq Yusof

29-11-2024 12:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 53292| Komen: 28

 


Pengarah terkenal, Syafiq Yusof berkata dia tidak kisah anak-anaknya menceburkan diri dalam bidang pekerjaan asalnya ianya kerja yang bagus.

Memetik temu bual bersama Hlive, Syafiq berkata dia juga tidak memberi galakan anak-anaknya ceburkan diri dalam bidang perfileman sepertinya.

Bagaimanapun, Syafiq berkata jika anaknya berminat dia akan beritahu bahawa bidang filem bukanlah seindah yang dilhat sebaliknya ada cabaran dan kesusahan perlu dilalui.


“Sejujurnya saya tak paksa anak-anak nak kerja apa-apa asalkan kerja itu bagus. Saya sebenarnya tak adalah beri galakan anak-anak untuk ke filem.

“Anak-anak saya kecil lagi, tapi jika mereka minat pada filem pertama sekali saya akan beritahu tentang cabaran, dugaan dan kesusahan buat filem ini tak seindah apa yang mereka nampak,” katanya.

Sementara itu, Syafiq berkongsikan apabila ditanya mengenai cita-cita, anak-anaknya memberitahu mahu menjadi seorang ustazah serta menyokong cita-cita anaknya itu.

“So far saya tanya cita-cita nak jadi apa, nak jadi ustazah, kalau nak jadi ustazah Alhamdulillah baguslah. Sebab kalau dia nak jadi pengarah filem peranannya jauh lebih sukar, tapi saya tak paksa anak-anak nak capai cita-cita,” katanya.

SUMBER : Rotikaya


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aavakateimani 29-11-2024 06:42 AM
tahniah berjaya didik anak
Quote aavakateimani 29-11-2024 06:43 AM
filem dia semua aku tak pernah tengok
Quote pinkpunk 29-11-2024 08:24 AM
laki bini selebet wlupun kaya rayo.. rilek je takdelah hauk mcm andika tu.. geli tgk
Quote SalenaGomez 29-11-2024 09:24 AM
Wife syafiq ni ustazah kan? Eiii kat mana SG baca tah
Quote red_velvet 29-11-2024 09:32 AM
Wife dia anak imam, satu family memang nampak orang baik2... Bagus lah dia pun stay humble walaupun dah kawin ngan anak jutawan filem..
Quote September14 29-11-2024 10:02 AM
Org kaya sllu simple mcmni je kan tp tetiba holidays kt resort 5*… bkn pakai smart2 suit bagai tiber jln2 kt tmn klcc dah mcm abangla
Quote Lampuled 29-11-2024 10:10 AM
September14 replied at 29-11-2024 10:02 AM
Org kaya sllu simple mcmni je kan tp tetiba holidays kt resort 5*… bkn pakai smart2 suit bagai tibe ...

Haha.. tergelak i baca komen uolss.. ada betulnya juga. Pakai berfesyen ni dlm gambar insta je nmpak lawa. Cer tgk depan² mcm tak kena dan tak sesuai dgn keadaan je gayanya.
Quote Shayang 29-11-2024 10:16 AM
SalenaGomez replied at 29-11-2024 09:24 AM
Wife syafiq ni ustazah kan? Eiii kat mana SG baca tah

Biae betul setazah, baju tu ketat je kat lengan.

Skrg ni yg tak setazah pun pakai baju besar2 lengan jenis jatuh tak melekap
Quote SalenaGomez 29-11-2024 10:56 AM
Edited by SalenaGomez at 29-11-2024 10:58 AM
Shayang replied at 29-11-2024 10:16 AM
Biae betul setazah, baju tu ketat je kat lengan.

Skrg ni yg tak setazah pun pakai baju besar2 len ...


Maybe bukan ustazah la kot. Ingat ada yg tahu. Tapi bapaknya ustaz la kot. Pernah baca time depa kawen, ada “ustaz” depan nama bapa nya

Ada komen atas ni kata imam
Quote dewi_rina 29-11-2024 11:03 AM
Yg ni tak berapa hensem ye, ikut muka mak
Quote Nnasda53 29-11-2024 11:14 AM
Teruskan saja niat tu dan berikan sokongan.
Moga termakbul cita2 anak.
Quote L.U.S.M 29-11-2024 01:25 PM
Ni baru old maniehh..tanah berekar..makan 7keturunan xhbs
Quote rosevelvet 29-11-2024 01:40 PM
dewi_rina replied at 29-11-2024 11:03 AM
Yg ni tak berapa hensem ye, ikut muka mak

Setuju. Maaf jujurin sgt
Quote rosevelvet 29-11-2024 01:41 PM
L.U.S.M replied at 29-11-2024 01:25 PM
Ni baru old maniehh..tanah berekar..makan 7keturunan xhbs

Henbeg sejota ke uols olmanih ni
Quote L.U.S.M 29-11-2024 01:43 PM
rosevelvet replied at 29-11-2024 01:41 PM
Henbeg sejota ke uols olmanih ni

Otak dia yang juta2 sis...

Tp aku idok la layan cite heshe..heheh
Quote hokeypokey 29-11-2024 01:57 PM
nasib baik si adik ni tak ikut perangai cam si abang.. mmg abg lagi hensem, tapi perangai huduh
Quote dewi_rina 29-11-2024 02:03 PM

Terpaksa jujur, sbb beza betul muka dgn abg.. Yg abg elok ikut rupa bapak, tapi bapak tu lg hensem.. Sampai skrg pun hensem lg
Quote ardent91 29-11-2024 02:15 PM
dewi_rina replied at 29-11-2024 11:03 AM
Yg ni tak berapa hensem ye, ikut muka mak

actually abang die tu pown ikowt muka maknyer cumer naseb baekla tang idong nyer tu agak mancung.. tapi abangnyer tu punyer mata sepet sangat2.. waktu die berdiri sebelah menyebelah ngan apaknyer yg ensem tu mmg seolah2 mcm nyer dorg tu bukan anak beranak..

Quote dewi_rina 29-11-2024 02:24 PM
ardent91 replied at 29-11-2024 06:15 AM
actually abang die tu pown ikowt muka maknyer cumer naseb baekla tang idong nyer tu agak mancung.. ...

Yeke i nampak samsul dgn shamim ni muka toksop, sapiq ni muka datin copy ori

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.049268 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top