DUBLIN: Seorang pakar psikiatri kanak-kanak rakyat Malaysia semalam dipenjara lapan tahun enam bulan kerana menjalankan aktiviti pengantunan seksual (child grooming) serta mendera remaja perempuan warga Ireland. Amirul Arif Mohd Yunos, 38, yang beralamat di Hollystown, Dublin 15 bekerja di pusat Perkhidmatan Kesihatan Mental Kanak-kanak dan Remaja (CAMHS) di Clonskeagh, Dublin ketika kesalahan itu dilakukan tahun lalu. Mangsa bukan pesakitnya secara rasmi bagaimanapun Amirul Arif diminta oleh ibu bapa mangsa yang mengenalinya untuk membantu melihat serta merawat anak mereka yang mengalami kesihatan mental. Ketika kejadian gadis berkenaan berumur antara 15 hingga 16 tahun dan kali terakhir berlaku pada September tahun lalu. Amirul Arif mengaku bersalah atas enam pertuduhan termasuk melakukan perbuatan seksual dengan kanak-kanak bawah 17 tahun, pertuduhan eksploitasi seksual kanak-kanak dan satu pertuduhan bertemu kanak-kanak bagi tujuan eksploitasi seksual.
Dia tidak mempunyai rekod kesalahan dan sudah berada dalam tahanan berkaitan kesalahan itu sejak 14 bulan lalu. Mahkamah memberitahu remaja itu kini berusia 17 tahun sedang mengalami tekanan mental yang ketara secara berterusan. Penderaan bermula dengan sentuhan yang tidak wajar, sebelum meningkat kepada seks oral. Kesalahan itu berlaku di beberapa lokasi termasuk di dalam kereta, rumah pelaku, rumah mangsa dan di tempat kerjanya. Dalam kenyataan oleh mangsa yang dibacakan di mahkamah oleh peguam pendakwa Derek Cooney BL, remaja itu berkata bahawa penderaan terbabit meninggalkan "trauma yang menyakitkan dan serius" kepadanya. Mangsa menyatakan bahawa dia menyalahkan dirinya sendiri kerana merasakan bahawa dia "memulakan" penderaan berkenaan dan "patut menerimanya." Mangsa juga berkata bahawa dia akan "selamanya meragui niat orang yang ingin membantunya." Menurutnya, pelaku terbabit "merampas sesuatu daripadanya yang tidak akan pernah kembali", dan kini dia takut terhadap lelaki dan kehidupan. Penderaan itu, katanya, memberi kesan "amat menyakitkan" kepada dirinya secara emosi dan psikologi. Hakim Orla Crowe menyatakan bahawa ini adalah "kes yang sangat serius" dan kenyataan mangsa itu menunjukkan kesan "sangat berat" dan berpanjangan terhadap remaja perempuan itu. "Kesalahan seperti ini perlu dihukum dengan hukuman penjara yang signifikan," kata Hakim Crowe, menetapkan hukuman awal 12 tahun penjara. Beliau turut mengambil kira faktor mitigasi termasuk pengakuan bersalah awal, ketiadaan rekod jenayah terdahulu dan penyesalan yang ditunjukkan oleh tertuduh. Tambahnya, mahkamah turut meneliti testimoni, surat permohonan maaf daripada Amirul Arit, serta laporan psikologi yang dikemukakan bagi pihaknya. Dalam laporan psikologi itu, dinyatakan bahawa Amirul Arif mempunyai "kerjaya yang menjanjikan", namun kesalahan yang dilakukannya akan menghalangnya daripada bekerja dalam bidang itu di Ireland pada masa akan datang. Hakim turut menyebut bahawa mahkamah "terkesan" dengan bahagian laporan psikologi yang menyatakan bahawa Amirul Arif sepatutnya memiliki pemahaman yang lebih mendalam mengenai kerosakan yang boleh disebabkan oleh kesalahannya, berdasarkan kepakarannya. Hakim Crowe menambah Amirul Arif "sangat bernasib baik kerana komuniti dan isterinya tetap menyokongnya", merujuk kepada testimoni yang diserahkan kepada mahkamah. Beliau kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama lapan tahun enam bulan bermula dari tarikhnya mula ditahan. - AGENSI Sumber :– Berita Harian |
Buritan replied at 4-12-2024 09:47 PM
Mcm nama adik ipo sheikh muza.....r.. ke salah org
Buritan replied at 4-12-2024 09:47 PM
Mcm nama adik ipo sheikh muza.....r.. ke salah org
batmana replied at 4-12-2024 11:00 PM
yg ni ka?
itula aku ckp, klu jadi t20 tu, dah jatuh wajib kawin byk.. kawinla ramai sket, yg jadi ...
ADVERTISEMENT