CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Suami Zahnita Wilson positif dadah, akan didakwa esok

4-12-2024 10:41 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 37134| Komen: 55



Kuantan: Suami kepada pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret esok, atas tuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

"Selain itu, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis, Isnin lalu.

Zahnita mengejutkan orang ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan matanya yang lebam di media sosial.

Tidak memperincikan apa yang berlaku, wanita yang nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata, seboleh-bolehnya dia enggan membuka pekung di dada, namun keadaan memaksa untuknya berbuat demikian.


"Saya tidak mahu melakukan ini (kongsi foto), tetapi saya terpaksa. Ini menjadi punca kenapa saya tinggalkan rumah lama serta menjadi sebab saya selalu pakai cermin mata hitam," tulisnya.

Susulan pendedahan dibuat pelakon Kuliah Cinta itu, ramai pengikut termasuk rakan selebriti meluahkan simpati dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku terhadap model berwajah Pan Asian itu.

Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.


Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 4-12-2024 10:42 PM
Mamak ni telan dadah apa? Meth?

Quote batmana 4-12-2024 11:03 PM
ketum pun dikire dadah kn
mgkin minum air ketum sudah..
Quote newyork 4-12-2024 11:08 PM
Sangkut dadah plak.. masaklaa
Quote allshares 4-12-2024 11:54 PM
Jrg org sap dadah gemok montel.
Quote syamzana 5-12-2024 12:04 AM
laaa makan dadah pun gundu gitu happy beno dia ye.
bini plak sampai kurus kering serabai dok bertahan.
Quote airfilterkotor 5-12-2024 12:25 AM
allshares replied at 4-12-2024 11:54 PM
Jrg org sap dadah gemok montel.

Quote any42 5-12-2024 12:40 AM
Elok la biar lama sket kt dlm. Kesian wife btahun2 dianiaya. Allah dh buka jln utk z keluar dr hdup yg lma hrap terus maju ke dpn jgn toleh2 lg.
Quote hokeypokey 5-12-2024 12:59 AM
bagus2, padan muka ko mamak zack
Quote cmf_jeangrey 5-12-2024 04:43 AM
Finally...sesiapa team mamak kelam kepam ni dah boleh claim jantan ni..nak take over her place pun boleh, to save other innocent girls from being deceived...selera agaknya tengok mamak dadih kaki pukul

Quote aavakateimani 5-12-2024 06:21 AM
patutlah
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:21 AM
aku dah agak dah
Quote ultra78 5-12-2024 06:28 AM
Dah fail perceraian sejak 2023 lagi. Bila dah ada kes polis dan positif dadah ni dah cukup kuat bukti utk tuntutan fasakh.
Quote netto_ 5-12-2024 06:46 AM
Blah je zahnita, tinggal je mamak gundu ni
Quote Buritan 5-12-2024 08:31 AM
syamzana: laaa makan dadah pun gundu git ...


Tu laa mcm zahnita yg berdadah..
Quote Buritan 5-12-2024 08:31 AM
netto_ replied at 5-12-2024 06:46 AM
Blah je zahnita, tinggal je mamak gundu ni

Baik zahnita ni.. sggup tunggu 20 tahun
Quote KamikuP 5-12-2024 10:06 AM
Mamak gundu ni orka ke?
Quote BungaKencana 5-12-2024 10:15 AM
allshares replied at 4-12-2024 11:54 PM
Jrg org sap dadah gemok montel.

boleh jd dia amk ganja.. ganja blh gemukkan org yg ambil tu..
Quote honam 5-12-2024 10:21 AM
anak2 dia tinggal dengan siapa sekarang ni
Quote misszazaz 5-12-2024 11:02 AM
pulak

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.039579 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top