CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Elok Aib Kau Terjaga Tapi Kali Ini Aku Tak Mampu Nak Simpan…” – Azzahra Dedah Pernah Gugurkan Kandungan Atas Permintaan Jay Iswazir

5-12-2024 12:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 39722| Komen: 42



Pelakon, Azzahra Ahmad tampil mendakwa dirinya juga pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Azzahra atau nama lengkapnya Fathima Azzahra Ahmad berkata dia tidak hanya dikasari malah suaminya yang juga pelakon iaitu Jay Iswazir turut mendesaknya untuk menggugurkan kandungan.

Dia memberitahu dia disahkan hamil ketika mereka dalam proses bercerai sekitar bulan September yang lalu.

Dia turut menjelaskan Jay memaksanya untuk menggugurkan kandungan atas alasan tidak bersedia untuk menimang cahaya mata kerana kurang berkemampuan.


"Ketika kami buat keputusan bercerai, saya dapat tahu saya hamil. Selepas berpantang (selepas gugur kandungan) dan berada dalam keadaan suci, saya failkan cerai.

 

"Saya rasa tertekan ketika itu sehingga sebulan tidak keluar bekerja."

Menurut Mstar, Azzahra mendakwa dia menderita dengan perbuatan suaminya semenjak di awal perkahwinan mereka.

Dia juga pernah menghubungi pihak polis namun tidak sampai hati ingin meneruskan kes kerana enggan menjejaskan nama Jay sebagai seorang pelakon.



"Paling teruk saya kena (pukul) ketika awal berkahwin. Saya hubungi polis tapi apabila pihak berkuasa kata mahu menangkapnya saya tak sampai hati."

"Ketika itu pula dia tengah terlibat dengan penggambaran dan enggan menjejaskan nama baik dia."

Sekadar info tambahan, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 dan berpisah pada 28 Oktober yang lalu.


Sumber : Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 5-12-2024 12:57 AM
eh berapa byk thread pasal dia
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:20 AM
sapo ni
Quote aavakateimani 5-12-2024 06:20 AM
semoga bahagia
Quote KamikuP 5-12-2024 12:39 PM
Eh kaki latah pun pukul bini? Samdol punya pelatah anjir
Quote kucingitam 5-12-2024 12:58 PM
KamikuP replied at 5-12-2024 12:39 PM
Eh kaki latah pun pukul bini? Samdol punya pelatah anjir

mungkin dia latah pastu terpukul..papepon aku team jay lah..bukn sbb aku sokong pukul bini tapi aku tgk jay senyap je x usik dia ni..tiba dia ni plak bukak cerita..ehh eh eh
Quote reenieja 5-12-2024 01:03 PM
Muka dia ni mcm muka ex wife idzham ismail.
Quote scarflicious 5-12-2024 01:06 PM
Eh ko tak takut ke kena kecam sbb bukak aib ex laki

Tapi ye lah laki ko bukan duda terhangat. Org pun x heran
Quote BungaKencana 5-12-2024 01:14 PM
simpan jela kisah kau tu... kau nk jd mcm shuhada no.2 ke? kang kene selongkar kisah silam kang.. move on cari laki lain.
Quote jihah_kudat 5-12-2024 01:49 PM
cakap kat kiteorg buat apa pergi report polis la nyah.dah dua kali ko up pasal laki tapi tetap
dibawa angin lalu...kadang2 aku tak faham org yg kena pukul betul2 polis tak layan bila buat report or nak attention masyarakat dulu report kemudian..
Quote Olumis 5-12-2024 02:11 PM
Kesian pula dia ni. Dia bagitau public pun orang tak kisah. Mentang2 tak hot. Hmmm. Btw, mata lelaki tu seshuatuuu. So iols percaya jaa sheols memang mangsa dv
Quote DeLuna85 5-12-2024 02:56 PM
Masalahnya dia cantik. Boleh dapat lagi herlok. Bekas laki dia muka pecah rumah.
Quote aciksenah 5-12-2024 02:58 PM
scarflicious replied at 5-12-2024 01:06 PM
Eh ko tak takut ke kena kecam sbb bukak aib ex laki

Tapi ye lah laki ko bukan duda terhangat. Org  ...

Tak de acik keledek yang mau bekap ex suaminya..kesian orang yang tak hensem ni..kurang berupa ni..
Quote NazRysha 5-12-2024 03:05 PM
kenapa setuju bila disuruh gugurkan kandungan
Quote penmerah 5-12-2024 03:11 PM
Berlakon bagus mamat ni.. patah aming pun terpelanting
Rupanya perangai sama pulak mcm lakonan

Baguslah bini nak keluar awal dari perkahwinan yg toksik
Quote L.U.S.M 5-12-2024 03:26 PM
Semua pekung buka bila dh dpt tahu ada ORG KETIGA..sah tipikal kes bertahan asalkan berlaki..haram ke apa semua letak tepi..bila dh bengang kena curang auto kata laki yang salah.hahahaha
Quote Zeelalala 5-12-2024 03:35 PM
Tak kenal. NEXT!
Quote ivy23 5-12-2024 06:56 PM
scarflicious replied at 5-12-2024 01:06 PM
Eh ko tak takut ke kena kecam sbb bukak aib ex laki

Tapi ye lah laki ko bukan duda terhangat. Org  ...

Kat malaysia ni sis..sorg je artis pompuan yang wajib kena kecam kl bukak aib suami..kl artis lain, mmg kaw2 la bekas suami yg kena maki dgn netizen..unfair kan.
Quote heythere123 5-12-2024 07:48 PM
patutnya si laki kalau dah tahu haprak, jangan la kawen. Naya anak orang.

Si jantan tu pon, kalau rasa tak mampu nak ada anak pergi la buat family planning.
Quote newyork 5-12-2024 07:51 PM
Elokla tadak anak dgn jantan mcm ni.. blah cepat2

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.161991 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top