Mahkamah Tinggi Klang memutuskan Dr M Shanmugam, Dr A Ravi, dan jururawat Izaniey Nataliah Jukimin, Nur Aida Mat Isa, dan Nessy Yasah, perlu membayar ganti rugi RM5.9 juta kepada keluarga mendiang M Punita dalam kes kecuaian perubatan yang menyebabkan kematiannya semasa menerima rawatan. Punita, 36, meninggal dunia beberapa jam selepas bersalin di Pusat Materniti dan Bersalin Shan milik Dr Shanmugam akibat pendarahan selepas bersalin (PPH) pada 9 Januari 2019. Ketika prosiding, mahkamah diberitahu Punita, yang melahirkan anak keduanya, mula mengalami pendarahan yang banyak selepas plasentanya dikeluarkan secara manual. Walaupun memberi jaminan pesakit itu stabil, Dr Ravi meninggalkan klinik, dan meletakkan mendiang di bawah jagaan tiga jururawat tidak berdaftar yang ditugaskan memantau keadaan pesakit walaupun tidak mempunyai kelayakan dan pendaftaran oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dr Shanmugam juga dilihat keluar dari bilik bersalin dan meninggalkan mendiang dalam jagaan dan pengawasan tiga jururawat yang sama. Apabila ibu Punitha memasuki bilik bersalin, dia mendapati anak perempuannya mengalami pendarahan yang banyak manakala jururawat cuba menghentikan pendarahan itu menggunakan kapas. Kedua-dua doktor tidak hadir pada saat kritikal ini. Dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit, dia dipindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang. Doktor di HTAR menyifatkan keadaan Punitha kritikal semasa ketibaan, dengan kehilangan darah yang ketara dan mengalami pembekuan intravaskular (DIVC). Walaupun satu pembedahan kecemasan dan pemindahan darah dilakukan, Punita meninggal dunia dan meninggalkan dua anak kecil. Hakim Norliza Othman dalam keputusannya berkata, Klinik Shan kekurangan bekalan perubatan asas, termasuk ubat untuk mengawal pendarahan rahim dan peralatan untuk menguruskan komplikasi selepas bersalin. Mahkamah juga menekankan kegagalan doktor untuk bertindak segera dan menangguhkan pemindahan pesakit ke hospital yang dilengkapi peralatan untuk mengendalikan kecemasan sedemikian. "Walaupun mereka memiliki pengalaman luas dalam bidang perbidanan, kedua-dua doktor gagal menjangka komplikasi yang biasa dikaitkan dengan bersalin, seperti eklampsia, masalah berkaitan plasenta yang membawa kepada PPH. "Kedua-dua mereka keluar dari bilik bersalin tanpa memastikan mendiang bebas daripada komplikasi. "Jururawat yang tidak terbukti mempunyai kelayakan yang sepatutnya, dibiarkan menguruskan pesakit. Kecuaian kolektif defendan secara langsung menyumbang kepada kecederaan parah terhadap mangsa, yang membawa kepada kematiannya," katanya dalam alasan penghakimannya, yang dimuat naik di laman web Jabatan Kehakiman hari ini. Hakim juga mengecam doktor kerana 'tidak menghiraukan' keadaan si mati. "Dalam kes ini, seorang ibu muda meninggal dunia selepas bertungkus-lumus melahirkan anaknya. Selepas bersalin, dia terpaksa menahan kesakitan yang tidak terbayang sebelum dihantar ke HTAR untuk rawatan lanjut. "Ketika dihantar ke HTAR, ibu muda itu sudah berada dalam keadaan kritikal akibat kehilangan darah yang banyak, sehingga pihak hospital 'mengisytiharkan kematian' untuk ibu malang ini. "Peristiwa tragis ini boleh dielakkan sekiranya kedua-dua doktor mengambil tindakan pantas dengan menghantarnya ke HTAR dan memantau keadaannya dengan teliti, dan tidak meninggalkannya dalam jagaan jururawat sementara Dr Ravi keluar minum. "Tahap pengabaian ini tidak boleh dimaafkan dan secara langsung menyumbang kepada kematian ibu yang sihat," tambahnya. Keluarga Punita diwakili peguam K Renuka dari Tetuan V Samy Renu & Co. Sumber: Harian Metro
|
cantthinkofany replied at 9-1-2025 04:57 PM
ingatkan jadi doctor is the safest job...sbb dedulu mak aku nak sangat aku jadi docktor...but looks ...
Buritan replied at 9-1-2025 05:08 PM
Jd dokto bwh kolong cucuk sendiri jah yg aman.. kuar masuk serenti..
cantthinkofany replied at 9-1-2025 05:17 PM
lagi tak aman.....lagi busy aku nanti...cari point nak cucuk....cari supplier....cari port....cari ...
sayawifenikmie replied at 9-1-2025 06:14 PM
sebab tu masa saya bersalin dua anak2 saya
dua dua bersalin kat Hospital kerajaan (seremban)
masa tu ...
Buritan replied at 9-1-2025 06:32 PM
Ponet je blajo jd dokto.. ujung ujung bg duit kang org.. 5 juta.. nak korek mana lee
makiting replied at 9-1-2025 07:59 PM
Adoiii byk tu kena bayar
Dgn nurse2 sekali kan kena bayar 5 juta lebih tu
sayawifenikmie: sebab tu masa saya bersalin du ...
sayawifenikmie replied at 9-1-2025 06:42 PM
kannnnn
kalau tak bayor, apa jadi ?
ADVERTISEMENT