CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Program Realiti Sekarang Sendu, Faizal Tahir Pun Dah Tak Minat Tonton

3-2-2025 06:12 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7836| Komen: 9

Faizal Tahir berpendapat, rancangan realiti hari ini tidak lagi mencetuskan fenomena seperti dahulu.

“Program realiti sudah hilang tarikan," demikian kata penyanyi berusia 46 tahun itu yang merasakan peredaran masa serta perubahan teknologi menjadikan format program sedemikian kurang relevan dalam industri hiburan moden.


“Saya tak nak cakap program realiti sekarang sendu, tetapi secara jujurnya, saya sendiri kurang berminat menonton sebab konsepnya masih sama.


IG Faizal Tahir

“Saya dah melalui pengalaman itu. Kalau masih ada (pertandingan realiti), biarlah punya kelainan. Kalau saya tengok dan rasa ‘wow, lain eh sekarang’, itu baru menarik. Tapi kalau sama saja, susah nak tarik minat.


“Dulu, YouTube tak macam sekarang. TikTok pun belum ada. Waktu itu, kalau nak tunjuk bakat, perlu hadir sesi uji bakat. Sekarang, semua orang boleh cipta platform sendiri,” katanya kepada Kosmo! Online.

Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Muhammad Tahir menambah, program realiti suatu ketika dahulu berjaya mencuri perhatian ramai kerana memberi peluang kepada penonton menentukan pemenang.

“Dulu orang suka sebab rasa terlibat dengan pemilihan artis. Mereka rasa berkuasa.

“Mereka boleh undi sesiapa yang mereka mahu dan sanggup berhabis beribu asalkan artis pilihan mereka menang. Itu antara sebab pertandingan realiti dulu meletup.

“Kalau saya nak betul-betul nak jawab hal ini, senang cakap itu hak masing-masing. Kalau memang ada duit nak buat program, buat sahajalah,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Kenduri Pelancaran Album & Jamuan Makan Let Zapin: Jati Diri, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Faizal kini tampil dengan album baharu berjudul Jati Diri, hasil kerjasama bersama penerbit muda, Glowrush.

Mereka bergerak sebagai duo Let Zapin dengan konsep yang lebih segar.

Menariknya, pelancaran album kali ini mengetengahkan tema kenduri kendara dan rewang, bukan sekadar untuk acara, tetapi sebagai simbol budaya serta nilai perpaduan. 


Sumber- KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 3-2-2025 07:24 PM
Yelah sbb sekarang umo ko dah berapa..

Tengok la masa ko muda belia camne?
Quote ardent91 3-2-2025 08:06 PM
ezacbee replied at 3-2-2025 07:24 PM
Yelah sbb sekarang umo ko dah berapa..

Tengok la masa ko muda belia camne?

tp budak2 generasi zaman skrg pown mana tgok program2 realiti kat tv tu..


skrg kan org tengok streaming like netflix, disney hotstar, layan tiktok, UTUBE, etc..


dulu entertainment mostly mmg on TV and radio jer..


Quote Windermere1004 4-2-2025 01:47 PM
Who's watching you Faizal? boleh di kira...
Quote amyfaha 4-2-2025 01:47 PM
Alaaaa kau, sbb kau x di jemput jadi juri kan? Cuna dorang hire ko jadi juri. Ade keluarrrrr ke ayat gini? Hehehehe
Quote sleepandream 4-2-2025 03:00 PM
betul la dolu org pegi kedai mamak malam minggu wajib siaran konsert AF... fenomena mcm musim world cup... sekarang budak2 asrama pun kowser nak masuk bilik tv yach... baik tengok netflix dekat laptop dgn classmate jahh
Quote AbukRokok 5-2-2025 01:48 PM
dulu new concept..social media xde... sgt membosankan
tu yg tgk tv
Quote bulalof 5-2-2025 02:13 PM
asyik la hiburan manjang.......
Quote A-Are 5-2-2025 02:15 PM
xda saper nk tgk tv dgn iklan selang 5minit...tkg sponsor lebih sudu dari kuah..pengacara tah paper...beza dgn zmn pak nil pengacara AF...yihhh
Quote supernaturalee 5-2-2025 04:18 PM
lagu zapin die yg release kt youtube sedap jgk
cuma cengkok irama malaysia tu kurang
boleh lah, utk pasaran komersial

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 05:54 AM GMT+8 , Processed in 0.032477 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top