Abby Abadi berbangga apabila anak perempuannya, Marissa Dania kini mempunyai perniagaan tudung. Menurut pelakon itu, Marissa berjaya mengeluarkan produk jenama tudungnya iaitu MRS dengan berbekalkan semangat dan usahanya sendiri.
“Hebat anak mama, @marissadania_ . Nampak sangat berdikari. Pandai bawa diri tanpa mengharapkan siapa-siapa. “Dari tak pandai serba serbi, malu itu ini, tak pandai bersembang sangat, sampai dah ada produk sendiri, MRS dan pandai buat live dah sekarang ini” kongsinya menerusi hantaran di Instagram. Bercerita lanjut mengenai anaknya, Abby mendedahkan Marissa merupakan seorang yang penyegan dan tidak pandai bersembang. Namun, semuanya berubah selepas menceburi bidang perniagaan dan Marissa kelihatan lebih yakin dengan dirinya sendiri. Dalam pada itu, Abby berharap 2025 bakal menjadi tahun yang baik buat mereka sekeluarga mencari rezeki.
“2025 lah main kain balik. Semoga ada jalan yang baik untuk kami mencari rezeki. Doakan yang baik-baik okay semua. Mana yang kurang, harap diberi peluang,” coretnya. Sumber- Gempak |
zuriey replied at 4-2-2025 01:35 AM
Kalau tgk live si marissa ni mmg hangin je nak tunggu dia habiskan sebaris ayat..ko kenapa cakap lem ...
ADVERTISEMENT