![]()
Menurut pemilik akaun TikTok itu yang dipercayai seorang peguam, wanita berkenaan diceraikan suaminya kerana kehadiran orang ketiga. "Suami ceraikan isteri talak tiga di rumah sebab isteri tak nak pergi mahkamah syariah, isteri tak nak bercerai. Dia tak nak anak-anak hilang kasih sayang ayah. "Perkahwinan 12 tahun dikurniakan lima anak. Isteri tak kerja, suri rumah sepenuh masa. Suami nak sangat bercerai sebab nak kahwin dengan janda. "Janda tiada anak, kerja kerajaan. Banyak tolong dia (suami) masa dia susah tiada duit," cerita individu itu. Lebih mengejutkan, pemilik TikTok itu mendedahkan lelaki tersebut berkenalan dengan janda berkenaan menerusi aplikasi TikTok. Selepas sah cerai talak tiga, lelaki itu juga didakwa menghalau bekas isteri serta kesemua anaknya. "Enam bulan kenal di TiKTok. Janda tu bagi dia ketenangan, pandai layan, pandai masak. Janda tu minta dia ceraikan isteri sebab tak nak bermadu. "Kedua-dua keluarga pun setuju nak kahwinkan mereka sebelum raya. Pengesahan lafaz cerai talak tiga sah jatuh sebab suami memang berniat dan dalam keadaan sedar. "Isteri dan anak-anak dihalau keluar dari rumah. Rumah tu dibeli semasa suami bujang. Semoga dipermudahkan urusan puan, kuat ya puan," tulis individu itu lagi. Menjawab soalan netizen di ruangan komen, pemilik TikTok memaklumkan wanita itu kini mempunyai tempat tinggal dan sudah mendapat pekerjaan. Ramai netizen di ruangan komen menyuarakan rasa simpati terhadap wanita itu atas tindakan kejam bekas suaminya. "Ya Allah, kuatkanlah kakak tu. Bukan senang nak kerja, anak kecil lagi. "Semoga akak tu dan anak-anaknya sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki," tulis netizen. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT