CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lelaki gaji RM28k cari calon isteri baru-nafsu tinggi, isteri no1 nak rehat tak nak layan

21-2-2025 11:21 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6625| Komen: 17|Original author: Raline

ty.PNG


Ramai mengimpikan kehidupan yang senang dan dilimpahi dengan wang ringgit.

Namun gaji yang lumayan belum tentu menjamin kebahagiaan.

Seperti seorang lelaki berusia 38 tahun ini, dia mendakwa mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM28,000 dan mampu memberi kesenangan kepada insan bergelar isteri.

Menurutnya, dia sudah berumah tangga dan tidak pernah culas untuk memberikan nafkah kepada isterinya sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Sebelum kahwin, masa berkenalan lagi saya dah beritahu kepada isteri yang saya akan berikan sebuah rumah, sebuah kereta, nafkah RM100 sehari dan takaful hibah RM1 juta supaya semua aset saya tak perlu berebut.

"Saya ada lebih 20 bangunan kedai dan rumah untuk pelaburan," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bagaimanapun di sebalik kemewahan itu, dia mendedahkan mempunyai hasrat untuk berkahwin lain bagi memenuhi keperluan batinnya.

"Tujuan saya mahu berpoligami adalah ingin berkasih sayang. Saya mempunyai nafsu yang agak tinggi iaitu seminggu antara empat hingga empat kali.

"Isteri (pertama) pun izinkan disebabkan dia nak berehat," ujarnya.

Walaupun mendapat keizinan isteri, dia mengakui sukar untuk mencari calon isteri kedua.

Luahnya, hubungannya bersama wanita-wanita sebelum ini tidak pernah bertahan lama.

"Setiap kali berkenalan dengan wanita yang saya minat, kena reject. Paling lama berkenalan pun dua tahun saja. Tolong beri semangat kepada saya. Nak puasa tapi malam tak boleh puasa.

"Pelbagai rawatan saya dah buat, yang tradisional dan moden pun dah. Hasilnya adalah kadar penghasilan testosteron saya yang tinggi," katanya.

Malah, dia turut berkongsi pengalaman berkenalan dengan beberapa wanita untuk dijadikan sebagai calon isteri kedua.

"Saya pernah jumpa janda yang berkenan di hati. Tapi bekas suami 'gila' pula sampai kita pun diganggu.

"Mula-mula tu bakal isteri boleh terima poligami, lama-lama macam nak bolot seorang," jelasnya.

Mengakui memiliki harta dan wang yang banyak bukan penentu kejayaan untuk berpoligami, lelaki itu turut menegaskan dia tidak akan menceraikan isterinya sekiranya sudah menemui calon baharu.

"Saya tetap sayangkan isteri pertama dan tidak akan sesekali ceraikan dia melainkan dia sendiri yang nak," katanya lagi.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 22-2-2025 06:26 AM
empat hingga empat kali, apekah typo ini
Quote babynina30 22-2-2025 03:19 PM
Peh awal2 ckp takkan lepaskan yg 1st. Kecuali she insists. Wah kau
Quote hokeypokey 22-2-2025 05:48 PM
cerita rekaan jer ni.. yg penagih biawak pun senang cari bini inikan yg berduit
Quote fattymah 23-2-2025 08:41 PM
Macam banyak naw 28k.. sembang tamau kalah..
Quote AbukRokok 24-2-2025 09:31 AM
try la fazura janda
teruk2 dia  pun artis

Quote plywood 24-2-2025 10:01 AM
hassanah.... ada jer perempuan nak klu ada duit
Quote delsmomm 24-2-2025 01:34 PM
cerita dongeng dari konoha ke ni..
Quote Andyscenes 26-2-2025 02:39 PM
kayanya kau bang, bagi tips mcm mana aku nak kaya mcm kau?
Quote Gokuuu 10-3-2025 08:11 AM

Kisah rekaan fantasi.
Zaman skrg jarang dgr lelaki bg nafkah cukup dkt istri.Isteri beli sekor ayam pun dah dimaki hamun
Quote dewi_rina 10-3-2025 10:31 AM
Cakap jelah kau kawin sbb nafsu, takyah citer panjang2, make it short!
Quote toynme 18-3-2025 02:56 PM
fattymah replied at 23-2-2025 08:41 PM
Macam banyak naw 28k.. sembang tamau kalah..

kalau nett boleh la
Quote KBW2 18-3-2025 03:19 PM
28 K sebulan tapi ada doploh bangunan. HAHA
Quote IzzahF 18-3-2025 03:44 PM
PULANGKAN replied at 22-2-2025 06:26 AM
empat hingga empat kali, apekah typo ini

mungkin empat hingga empat belas kali
Quote IzzahF 18-3-2025 03:46 PM
hokeypokey replied at 22-2-2025 05:48 PM
cerita rekaan jer ni.. yg penagih biawak pun senang cari bini inikan yg berduit

itula dianya...ppuan gatal merenyam yg mmg suka melayan laki org, jangankan gaji 28k. tak bergaji pun mau je. sanggup bela bewak asal berlaki


kesimpulannya hasanah je

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.046854 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top