CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ustaz kata Hud Aryan ‘tersembunyi’ di satu tempat, tak jauh dari rumah

26-2-2025 11:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5282| Komen: 2|Original author: Raline

t 1.PNG


Memasuki hari ketiga kehilangan Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, bapa kanak-kanak tersebut menaruh harapan yang tinggi agar anak tunggalnya yang berusia satu tahun tujuh bulan ditemukan dalam keadaan yang selamat.

Mohd Nor Hafifi, 33, berkata, dia dan keluarga turut melakukan solat sunat hajat agar usaha pencarian Hud dipermudahkan.

"Masuk hari ini (Khamis), masih belum ada perkembangan. Pihak bomba dan polis meneruskan lagi operasi pencarian bersama penduduk kampung.

"Saya difahamkan, pencarian diteruskan di lokasi yang sama tapi kawasannya diperluaskan. Saya pun akan turut serta.

"Selain pencarian oleh pihak berkuasa, kami sekeluarga pun ikhtiar dengan buat solat hajat. Saya juga nak ucap terima kasih sebab ada beberapa orang Ustaz datang berjumpa, dan mereka pun bantu buat solat hajat," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

t 2.PNG


Ujarnya, sejak malam Hud dilaporkan hilang, rumahnya dikunjungi oleh pengamal perubatan Islam yang meluahkan hasrat untuk cuba membantu mengesan anaknya.

"Ada Ustaz beritahu, anak saya barada di satu tempat tapi tak jauh dari kawasan rumah. Apabila dengar kata-kata tersebut, saya harap ada sinar anak saya ditemukan," katanya.

Mengakui hatinya tidak mampu untuk bertenang mengenangkan masih belum ada khabar berita tentang keadaan anak kecilnya, Mohd Nor Hafifi berkata dia terpaksa menguatkan semangat demi isteri, Azean Nur Atikah.

"Kedaan isteri saya, dia agak okey sedikit... agak tenang daripada hari mula-mula Hud hilang. Saya kena kuat.

"Dalam pada itu, saya mohon doa daripada semua agar anak saya, Hud, dapat ditemukan segera dalam keadaan yang selamat.

"Saya dan keluarga nak ucap terima kasih kepada mereka yang prihatin dan tak putus-putus mendoakan serta beri kata-kata semangat kepada kami," akhirinya.

t 3.PNG

Terdahulu, mStar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 19 bulan, hilang ketika berada di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga, Tanah Merah dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam, Isnin.

Operasi pencarian kini giat dilakukan oleh pihak bomba dan polis selain turut disertai orang kampung.

Pada Selasa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman berkata, Hud Aryan berkemungkinan terjatuh ke dalam parit berhampiran rumah neneknya.

Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan kanak-kanak berkenaan memasuki kawasan hutan di sekitar rumah.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 26-2-2025 04:53 PM
update..dah jumpa n di temui

tersangkut pada pokok di muara sungai di Kampung Kerila jam 4.20 petang.
Quote KamikuP 27-2-2025 12:34 PM
Salam takziah. Jumpa 7 km dari rumah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.090428 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top