CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuk lagi pentingkan kawan, Fara Salleh nak cerai!

4-3-2025 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 35226| Komen: 23|Original author: Raline

SH.PNG


Sudah tidak mampu mempertahankan rumah tangga, isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh sudah memfailkan penceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.

Fara, 33, berkata, dia memfailkan permohonan bercerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Segamat, Johor dan sedang menunggu tarikh sebutan kes.

Susulan itu, Fara berharap Shuk dapat memberi kerjasama bagi menamatkan kemelut rumah tangga mereka yang tidak berkesudahan.

"Saya sudah selesaikan semua urusan penceraian dan sedang menunggu tarikh daripada mahkamah.


Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada November 2023 selepas melalui pelbagai kontroversi.

"Besar harapan saya Shuk akan beri kerjasama dan 'kawan-kawan' dia tak ganggu dalam proses penceraian ini," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fara memberitahu dia nekad bercerai selepas langsung tiada usaha daripada Shuk mempertahankan perkahwinan mereka.

Fara juga memberitahu antara faktor utama dia mahu bercerai kerana Shuk lebih mementingkan kawan-kawan berbanding dirinya.


"Dia langsung tak tunjuk usaha mempertahankan hubungan kami dan disebabkan itu saya nekad mahu bercerai.

"Apa saya nampak dia lebih pentingkan silaturahim dengan kawan-kawan berbanding diri saya dan bayi dalam kandungan," jelasnya yang sedang hamil lima bulan.


Tambah Fara, mereka juga sudah sebulan tidak tinggal sebumbung atau berkomunikasi.

Sebelum ini, Fara meluahkan rasa bengang terhadap Shuk yang didakwa mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

Fara gagal mempertahankan rumah tangganya bersama Shuk.

Fara mendakwa Shuk terlalu mementingkan kawan-kawan berbanding dirinya.


Malah tahun lalu, Fara ada meminta cerai kerana sudah tidak tahan dengan perangai suaminya itu.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk atau Muhammad Shukri Mohammed Sahar, 39, pada November 2023.

Shuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera namun bercerai pada 22 Mac 2023.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assyifatu Aimi, 6 tahun.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 2-3-2025 03:21 PM
Si syuk mmg x nk kawen ngn ko pun kan.. Ko je la yg terhegeh2... Ni nk cerai ak rase mmg si syuk tgh tggu2... Dah ada ank mmg syuk x dpt lari la dr pompuan ni.. Ntah apa lagi drama dia lepas ni
Naseb la ko syuk x de keje cr keje
Quote dua_chzy 2-3-2025 03:43 PM
Terai2 la boh minyak senyonyong kat Fattah Amin ka, Samsul Yusof ka lepas ni.
Quote ihtisyam1 2-3-2025 03:53 PM
berpisah lagi baik dari ko duk bising2 macam ni.... memalukan
Quote anony-mous 2-3-2025 06:48 PM
Kikikiki i yakin tu smua taktik shuk je sbb nk lari dari ko. Lebih mudah kalau ko yg minta cerai. Pompuan gila
Quote pavlovachoc 2-3-2025 07:47 PM
Dia org segamat ke, malu iolsss selaku org segamat
Quote JahLupa 4-3-2025 05:27 PM
Too loud ye pompuan ni. Camne la jantan ni boleh tegila2kan pompuan ni
Quote selipar_hijau 4-3-2025 07:05 PM
JahLupa replied at 4-3-2025 05:27 PM
Too loud ye pompuan ni. Camne la jantan ni boleh tegila2kan pompuan ni

Pandai main la tu, sedappp
Quote suri33 4-3-2025 09:40 PM
Padan muka. Dah halal mmg menyirap je tgk muka laki bini memasing kan. Kekeke.
Quote Nizleen86 5-3-2025 12:42 AM
Dia bosan dgn drama ko kot. Healing dengan member2 hilang stress.
Quote KamikuP 5-3-2025 12:39 PM
mOGA  keduanya kekal mental hingga ke Tanjong Rambotan
Quote CandyK 5-3-2025 12:44 PM
Muka dia ni macam adik si shila amzah
Quote felinecat 5-3-2025 09:36 PM
Ko tu org guna nak mem*nt*t je..dh jemu blah le kot
Quote bambimo 6-3-2025 05:34 AM
Jgn cerai please
Ingat tak dulu susah nya ko nk dpt title bini artis...dr SJ,.K, cuba cuba mencakar pagar entertainment...dpt jugak kan jd bini artis kan..artis tu sanggup tau hilang segalanya utk kau.. wife, anak2, rumah landed, stabil job semata2 demi ko fara..
Maknanya korang sekufu mmg dtakdirkan bersama..stay fara ya..jagalah perkahwinan ini
Quote tempayanpecah 6-3-2025 06:04 AM
Kawan si shuk imraje  dok reveal...hbi si farrah mngamuk....
Mmg fara tu mental mn la x kena beduk...
Klu ak pun beduk...ada dia panggil anak shuk 2 ekor anjing
Lpstu ckp smpai mampos xle trima
Quote Oroi8887 6-3-2025 11:05 AM
Padan muka ko, kifarah cepat sgt sampai hahaha
Quote sukacactus 6-3-2025 12:53 PM
bambimo replied at 6-3-2025 05:34 AM
Jgn cerai please
Ingat tak dulu susah nya ko nk dpt title bini artis...dr SJ,.K, cuba cuba mencakar ...

Paling setuju…dah dok hadap sgt kan
So now you can enjoy each other’s peel
Quote azwanaliori 6-3-2025 12:59 PM
Top 2 tino bawak bala kat malaysia ni

1. Dia ni
2. Ngai
Quote A-Are 6-3-2025 01:03 PM
comelnya gambar kucing tu lagi2 kucing 1st tu...
Quote Shayang 7-3-2025 11:06 PM
Aku baca kt igs kawan syuk
Haaa dia ni mmg mental
Aku dh agak
Baca mesej2 dia bg kat syuk je aku dh pitam
Syuk jawab sebaris bitau
Kerja kerjaa
Dia menembak bertubi2 maki hamun semua ada
Nak vc anak2 pun kena sorok2 takut dia mengamuk
Telan jelaa syuk ko yg pilih

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051195 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top