PUTRAJAYA: Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan watak Dhamiah dilakonkan dalam drama rantaian Keluarga Itu memberi tekanan kepadanya hingga rambutnya beruban. Mengulas lanjut perkara itu, Puteri Balqis atau nama sebenarnya, Puteri Balqis Azizi, 18, keadaan itu berlaku kerana drama yang skripnya ditulis oleh Erma Fatima itu memerlukan dia bermain dengan emosi. "Ini adalah drama pertama saya selepas tamat penggambaran, rambut saya tumbuh uban. Ini berlaku kerana saya mengalami tekanan sebab temanya terlalu berat. "Kalau berlakon kena menangis sekejap pun sudah penat, bagaimana pula kalau perlu menangis seharian. "Sepanjang tiga bulan 'shooting' boleh dikatakan hari-hari saya menangis," katanya ditemui pada majlis pelancaran single Zapin Malam Raya - Ara Johari menampilkan Trio Latah di sebuah premis acara di sini, baru-baru ini. Bukan setakat bermandikan air mata, malah drama arahan Nur Ain Sharif, Ejump Mohd dan Amor Rizan itu turut menyaksikan aktres berkaliber itu mengalami kecederaan ringan ketika di set penggambaran. "Kalau tengok episod tiga iaitu babak Dhamiah kali pertama jumpa Aman (Amir Ahnaf), episod itu sahaja tubuh saya sudah lebam-lebam. "Sepanjang tiga bulan penggambaran, tak pernah saya balik rumah tubuh dalam keadaan 'bersih'. Mesti ada lebam sana-sini. "Bahagian buku lima saya pernah luka disebabkan babak tumbuk dinding. Memang ramai yang menggelabah pada masa itu," kongsi Puteri Balqis.
|
slyfynx replied at 11-3-2025 07:40 PM
Over nau aih.
NI menghayati sgt2 la kononnye sampai beruban?
cicicumel replied at 11-3-2025 01:53 PM
Berebut2 ye tv tyg cerita so called kisah benar pasal sex di bulan Ramadhan
Tv3 - Rosyam Nor rogol ...
Minami2013 replied at 11-3-2025 10:17 PM
Kelakar pulak kisah uban.. dalam cerita ni watak rosyam nmpak miang betul... Tapi bkn nk kata la, mm ...
Minami2013 replied at 11-3-2025 10:25 PM
Astaga.. kenapa semua cerita berat.
Azhan rani dgn emma tu ke? Ada satu scene tu kemain emma pel ...
doubleA replied at 11-3-2025 03:00 PM
Geli betul tengok rosyam dalam klip2 kt ig tu pasal cerita ni. Iols memang tak buka kt tv taknak a ...
cicicumel replied at 11-3-2025 03:24 PM
Bukan.. i baca fb pengarah Sharulezad tu..ada upcoming drama Azahan rani sgn Sy Sakinah...tayang k ...
red_velvet replied at 11-3-2025 07:50 PM
Tak dinafikan drama keluarga itu memang best. Realiti hidup Dan sisi gelap sebuah keluarga yang zah ...
Minami2013 replied at 11-3-2025 10:25 PM
Astaga.. kenapa semua cerita berat.
Azhan rani dgn emma tu ke? Ada satu scene tu kemain emma pel ...
ADVERTISEMENT