CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Teknologi Lihat artikel

Apple dijangka bawa perubahan rekaan antara muka pada iOS 19

12-3-2025 08:16 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12257| Komen: 0|Original author: tatod

Apple_Store_LA.jpg


SUDAH sekian lama sistem operasi iOS yang menguasakan iPhone tidak membawa perubahan pada antara muka.

Kali terakhir kita melihat perubahan drastik pada antara muka iOS adalah pada ioS 7 yang lepas.

Terbaharu, mengikut laporan Bloomberg, Apple merancang untuk memperkenalkan perubahan besar pada antara muka iOS melalui kemas kini iOS 19 yang akan datang pada tahun ini.

Perubahan antara muka ini akan meliputi peranti iPhone, iPad dan juga pada komputer riba Mac melalui MacOS.
Ia dikatakan sejumlah elemen akan berasaskan kepada VisionOS, dan Apple akan membawa perubahan pada rekaan ikon, menu, aplikasi, tetingkap, dan sebagainya.

Perubahan ini dijangka menyasarkan pengguna lebih mudah untuk mengawal peranti mereka berbanding sedia ada.
Apple kebiasaannya akan mengadakan acara tahunan WWDC sekitar Jun, di mana kita mungkin melihat terlebih dahulu rekaan yang akan ditawarkan mereka melalui kemas kini antara muka ini.


Sumber: Astro Awani



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-3-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.028583 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top