CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bakal timang anak perempuan, isteri Shuk Sahar mula buat persiapan beli barangan bayi

12-3-2025 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7176| Komen: 10|Original author: Raline


Screenshot 2025-03-12 074550.png


ISTERI kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi khabar gembira bakal menyambut kelahiran bayi perempuan tidak lama lagi.

Fara, 33, mengesahkan mengenai perkara tersebut selepas melakukan imbasan jantina terhadap kandungannya yang bakal memasuki trimester ketiga.

Kata Fara lagi, pada awalnya ramai yang menjangkakan bayi dalam kandungan itu adalah anak lelaki.

"Ramai yang jangka bayi lelaki, termasuk saya sendiri. Namun selepas beberapa kali ujian dah sah bayi perempuan.

"Bayi perempuan yang kuat dan tabah dalam kandungan saya. Dia sihat dan kuat menendang," katanya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin.

Dalam pada itu, Fara berkata dia sudah melakukan beberapa persiapan bagi menyambut kehadiran cahaya mata sulung berkenaan.

Screenshot 2025-03-12 074612.png


Malah, dia dilihat membeli kelengkapan bayi termasuklah baju berwarna merah jambu yang sinonim dengan anak perempuan.''

"Saya telah buat sedikit persiapan. Semua akan berjalan lancar untuk saya dan bayi ini," ujarnya.

Fara dijangka bakal bersalin pada Julai nanti.

Untuk rekod, Fara mendirikan rumah tangga dengan Shuk pada November 2023.

Sumber : mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 12-3-2025 07:55 AM
Seronok la dpt "ikat" shuk

Ko jgn nk naya anak2 dr perkahwinan pertama dia ye saiton..tgk gaya mmg mak tiri from hell siap halang laki call anak2
Quote dewi_rina 12-3-2025 09:27 AM
Edited by dewi_rina at 12-3-2025 01:37 AM

Bukan haritu kata duit tinggal 30 ringgit je ke?

Btw, dalam pada sakit kronik masuk hospital tu menyoping ye.. Citer mcm dah tiada hari esok je
Quote ayukpingu 12-3-2025 11:08 AM
penting sgt ke kisah dia ni?
Quote Prickford 12-3-2025 11:19 AM
Naik jelak dah isu sheolls ni. Hanya isteri kepada pelawak je. Tapi kemain igt sheolls tahap retis. Dah timang anak nnt, semoga pandai2 la jaga mental health.
Quote Andyscenes 12-3-2025 12:19 PM
aku rasa aku lagi handsome daripada shuk, tapi aku tak la pandai buat lawak
Quote sha82 12-3-2025 01:55 PM
I penah DM nasihat dia masa kes tgh hangat jd penyondol dulu tapi dia read je tak reply. Tapi okay la at least dia tak meroyan balik kat I. Hehe
Quote KamikuP 12-3-2025 03:20 PM
POMPUAN mental
Quote anilanil 12-3-2025 04:40 PM
So shopping barang baby ni guna SPaylater ke? Sembang duit tinggal RM30 hujung2 nnt beranak private, amik CL lagi.
Quote anarina 13-3-2025 08:45 AM
Hahahah melahirkan baby girl bakal protege mewarisi kegilaan dia
Quote downiey 19-3-2025 04:13 AM
kate ritu pong pang pong pang masuk melodi.. igtkn nk brcerai

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.042165 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top