CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berat ujian Khairul Amin tahun ni, ramai masak tak jadi

13-3-2025 11:23 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27395| Komen: 27|Original author: Raline

ra.PNG


PETALING JAYA – ‘Besar ujian masak tahun ni’

Demikian kapsyen ditulis pempengaruh, Khairul Aming, menerusi video reaksinya terhadap gelagat pengguna di TikTok yang mencuba resipinya sepanjang bulan ramadan setakat ini.

Menerusi video Khairul Aming, dia menunjukkan rasa gembira kerana ramai yang berusaha untuk mencuba resipinya kali ini.

“Sepanjang lapan tahun buat video masak, saya rasa tahun ini paling menghiburkan tengok gelagat netizen masuk dapur dan memasak.

“Sebenarnya ramai buat menjadi kerana ribuan orang telah mencuba resipi yang dikongsikan cuma yang tidak jadi itulah yang masuk dalam FYP (for you page) sebab banyak engagement (penglibatan).

“Saya nak pesan tolong ikut resipi saya sebab penat R&D (penyelidikan dan pembangunan) cuma ada yang derhaka resipi, tolong saya merayu jangan derhaka,” ujarnya.



Rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Basic knowledge (pengetahuan asas) dalam memasak – minyak dik, letak minyak sikit,” komen pempengaruh, Auntie Purple.

“KA saya syorkan adakan kelas pemulihan bagi yang gagal ni,” komen @haafizs. -KOSMO ONLINE!

Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 10:02 PM
Masak Apa Tak Jadi Harini MATJAHAN tersenyum sinis
Quote kakikuDibibirmu 13-3-2025 10:02 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis

Quote annehuda 13-3-2025 11:55 PM
Masakan dia dan che sayang terpaling simple aku rasa kalau fail korg mmg tak reti masak dah tu
Quote nellyberry 14-3-2025 07:23 AM
Kurang-kurang dia tahu ada jugak netizen yang gigih mencuba resipi dia.
Daripada yg dok tengok dan save je resipi tu tapi sampai sudah tak buat jugak.
Quote my_irina 14-3-2025 07:37 AM
kakikuDibibirmu replied at 13-3-2025 10:02 PM
Ummah LGBTQ+ gay dalam almari tersenyum sinis{: ...

kenapa you letak emoticon cenggini?...adakah benar??
Quote MadameOnion 14-3-2025 08:04 AM
annehuda replied at 13-3-2025 11:55 PM
Masakan dia dan che sayang terpaling simple aku rasa kalau fail korg mmg tak reti masak dah tu

macam desserts kalau tak jadi tu mungkin la sbb measurement tak accurate...ni masak megi goreng dgn telur bungkus pun tak jadi..tapi iols rasa ni attention seeker je sbb KA kata buat je..nanti dia repost...sejenis batak perhatian la tu
Quote rezaremy 14-3-2025 11:13 AM
masakan dier semua best2 kan...tapi masih belum ada masa nak try
Quote reenz013 14-3-2025 11:45 AM
kasen aku bt dessert dia fail..padahal dh sebijik2 tiru xde derhaka...haha..anak dia pun ckp padahal mama dh ikut cara sama tp np x jd...so kasen aku ckp no morela pki resepi dia...aku mmg setia ngn resepi che nom
Quote osheenz 14-3-2025 11:54 AM
i rasa memasak ni pun kena ada skill jugak.. kalau xde skill tu ko ikut la resipi camne pun, mmg x menjadi..
Quote msxx 14-3-2025 11:56 AM
osheenz replied at 14-3-2025 11:54 AM
i rasa memasak ni pun kena ada skill jugak.. kalau xde skill tu ko ikut la resipi camne pun, mmg x m ...

Iols pon suka ikut resipi che nom. Azie kitchen pon ok.
Quote seri_mawr 14-3-2025 12:01 PM
resepi KA ni aku pernah try ayam goreng apa entah...sedap juga....anak2 aku pun suka... lain2 x pernah try....

klu masak2 suka che nom and azie kitchen...
tp lebih suka azie kitchen mcm kena dgn tastebud iouls..
kadang2 combine 2 reseipi dua org ni...
Quote osheenz 14-3-2025 12:05 PM
msxx replied at 14-3-2025 11:56 AM
Iols pon suka ikut resipi che nom. Azie kitchen pon ok.

i pun suka refer Aziekitchen and chenom.. so far semua menjadi.. Alhamdulillah...
Quote cikkilata 14-3-2025 09:21 PM
seri_mawr: resepi KA ni aku pernah try ay ...


Sama la.. i pun jenis yg refer Aziekitchen je dari dulu sblm ada chenom.. sbb kena dgn selera and serupa dgn cara masak mak...

Kadang2 i refer chenom kalau bahan2 masak lebih mudah.. takpun, combine dua2 resepi.. setakat ni, walaupun derhaka resepi.. tapi masih menjadi dan sedap...
Quote Perawankota 16-3-2025 02:02 PM
Aku buat air zapple creamy dia utk berbuka semalam.. start malam td smpi pagi ni beyak2 aku… maybe perut aku tak leh terima air carbonat + susu kot…
Quote eyansss 17-3-2025 02:11 AM
MadameOnion replied at 14-3-2025 08:04 AM
macam desserts kalau tak jadi tu mungkin la sbb measurement tak accurate...ni masak megi goreng dg ...

aku pun nampak lebih ramai sengaja bagi tak jadi sebab attention seeker berbanding genuinely tak jadi...
Quote ejans 17-3-2025 02:33 AM
I suka follow resepi chesayang. Confirm jadi n sedap
Quote likilu 17-3-2025 09:24 AM
osheenz replied at 14-3-2025 11:54 AM
i rasa memasak ni pun kena ada skill jugak.. kalau xde skill tu ko ikut la resipi camne pun, mmg x m ...

Yea basic knowledge bak kata antipepel n skill jugak

I pernah beli sayur yg i suka makan dah potong siap tak.sabar sabar show off dekat group family sebelum masak tu

  cousin i cakap sayur tu kena kopek kulit.

I igtkan masak dengan kulit macam peria gitu kan, mana lah tahu

Benda dah potong kecik kecik, satu keje nak kena kopek kulit dia haha. Untuk orang yg biasa masak, knowledge n skill ni dah jadi second nature untuk diorang sekali pandang dah tahu bahan apa masakan apa nak pair kan dgn apa. Kita ni sebelum beli pun cari resepi siap siap tgk berdozen video sebelum start masak kalau tak jadi pun tak tahu mana salah dia haha
Quote kikuri 17-3-2025 09:45 AM
resepi hot chicken tenders dia sedap okey... dari cili oil ke sos semua sedap... penat pulak aku nak repeat buat sebab anak2 suka
Quote keraklak 17-3-2025 09:58 AM
saya tried few resepi. alhamdullilah jadi. kanak2 pun suka.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.047383 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top