CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Kebenaran akan tertegak jua’ - Syed Saddiq

19-3-2025 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6711| Komen: 0

 


PETALING JAYA – “Kebenaran akan tertegak jua”.

Demikian kata Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung keputusan sama ada dibebaskan daripada sabitan atau kekal bersalah berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Menurutnya, selepas bertahun-tahun berdepan dengan pelbagai tekanan dan ujian, nasib beliau akan ditentukan esok di Mahkamah Rayuan.

“Sejak 2020, saya dan keluarga telah disiasat. Bermula dengan cubaan sogokan dan berakhir dengan ugutan. Semuanya kerana saya enggan menggadaikan prinsip dan menjual maruah diri

“Saya tidak menerima sogokan, saya tidak melompat parti, saya tidak meminta kes ini digugurkan dan saya tidak melengahkan proses mahkamah,” katanya dalam video dimuat naik di media sosial hari ini.

Syed Saddiq berkata, beliau bertekad untuk membersihkan nama di mahkmah walau apapun risikonya.


“Saya serahkan segala kepada Allah SWT, jika ingin tunjukkan sokongan, cukup sekadar berdoa untuk saya kerana tiada senjata lebih kuat dari doa kepada Allah SWT,” ujarnya.

Sebelum ini, Syed Saddiq memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November tahun lepas.

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta selepas mendapati ahli politik itu bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-4-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.049266 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top