CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita putus tangan selepas baju tersangkut roda motosikal

19-3-2025 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7024| Komen: 2

 


BANGKOK – Seorang wanita hilang tangan kiri selepas bajunya tersangkut pada roda motosikal dalam kemalangan di wilayah  Songkhla, selatan Thailand, lapor Thaiger semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kemalangan itu tular di platform media sosial.

Rakaman CCTV memaparkan mangsa dikenali sebagai Sudarat Taeng Waranakhon, 55, membonceng motosikal saudara lelakinya.

Kemalangan berlaku apabila hujung baju Sudarat berkibar-kibar ditiup angin sebelum ‘terbelit’ pada roda belakang motosikal, menyebabkan dia terjatuh dari kenderaan dua roda itu.

Menurut saksi kepada agensi berita Hatya, Sudarat menjerit menyebabkan saudara lelakinya memberhentikan motosikal.

Tangan kiri wanita itu putus selepas tersangkut pada roda motosikal dengan saksi menghubungi pasukan penyelamat yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Hat Yai.


Menurut laporan media, doktor tidak dapat menyambung semula tangan mangsa yang hancur dalam kejadian tersebut. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 19-3-2025 10:35 AM
[fbvlink]https://www.facebook.com/watch/?v=1182298426616998[/fbvlink]
Quote B40tastePosh 19-3-2025 09:31 PM
Baju oversize ke canner?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.040325 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top