CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid tempat imarah aktiviti ilmiah bukan sebar kebencian – Anwar Ibrahim

19-3-2025 07:57 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6822| Komen: 5

 


SEBERANG PERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru masyarakat agar mengimarahkan masjid dengan membangunkan pelbagai aktiviti ilmiah terutama untuk golongan wanita dan anak-anak muda.

Beliau berkata, masjid merupakan institusi penting dalam aspek pembangunan dan pemberdayaan umat melalui penganjuran kelas-kelas agama serta pengajian al-Quran.

Menurutnya, umat Islam juga diingatkan supaya tidak menjadikan masjid sebagai wahana menyebar kebencian dan menanam bibit prasangka.

“Imarahkanlah masjid dengan mewujudkan kelas pengajian, ada ruang untuk wanita dan anak-anak muda. Bagi pilihan apa yang dia minat untuk dapat meningkatkan ilmu. Buatlah sebanyak mungkin untuk tarik minat mereka.

“Jangan gunakan Islam itu hanya untuk porak-peranda, menyerang. Bagi dia kefahaman. Apapun sebelum buat keputusan kena ada kefahaman.

“Nak berbeza pendapat boleh tak perlu cerca dan maki hamun serta tak perlu untuk menidakkan orang. Kena ada perbezaan pendapat tapi tidak cepat menghukum,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid Jamek Perai, Bukit Mertajam di sini, petang tadi.

Pada majlis tersebut, Anwar bersetuju untuk memberikan sumbangan RM100,000 kepada pihak masjid berkenaan untuk digunakan sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan insaniah anak-anak kariah di kawasan itu.

Untuk rekod, Masjid Jamek Perai dibangunkan penduduk kawasan berkenaan pada tahun 1979 dan telah dibaik pulih sepenuhnya pada 29 Mac 2021 bagi menggantikan bangunan lama dengan kos perbelanjaan sebanyak RM5.5 juta

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 19-3-2025 08:24 PM
Benci sapa ? Benci peliwat kah ?
Quote Orenn1 19-3-2025 10:23 PM
Realitinya sepanjang zmn aku kanak2, hmnpir setiap junaat duk dgr kutbah masjid promot benci non muslim: Nasib baik dah beso blh pikir sendiri. Nak tanya khutbah siapa yg tulis ke pak iman pandai2 sendiri pilih topic yg dia suka? Banayk benda positif boleh cakap ko pilih promot kebencian, huh ntah apa2. Melayu2 yg baik yg ada akal mesti tak sokong benda gini. Kpd yg nak marah aku tolong simpan marah kat tmpt lain sbb ini my first hand experience yah bukan dgr nenek or jiran cerita
Quote Decaffeinated 22-3-2025 12:51 AM
It takes no less than a prime minister to stop this. Mujur juga lah Malaya ni ada Buddha dan hindu makanya dalam khutbah tidak di attack secara direct untuk dibenci. Kristian juga jarang disebut sebab hormat ummah Borneo maybe.
Quote Tinot7 22-3-2025 01:23 AM
Baper besaq kosa kata pmx?
Quote xflat67 24-3-2025 06:09 PM

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.199529 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top