CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Baju kurung atau kebaya boleh pakai setiap hari, tapi cheongsam tak boleh” - Orang Islam sambut Aidilfitri, ‘non muslim’ pakat beli baju raya ...

19-3-2025 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7784| Komen: 15

 


PETALING JAYA – Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut umat Islam kira-kira dua minggu lagi turut menjadi peluang kepada rakyat Malaysia bukan Muslim untuk membeli baju Melayu dan baju kurung.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Thread aintnocrybry, pemuda tersebut turut mencari baju Melayu dan pelbagai barangan lain sempena Aidilfitri, sedangkan dia berbangsa Cina bukan Islam.

“Saya Cina kan, tapi saya tidak akan bersusah payah keluar nak cari pakaian Tahun Baharu Cina. Bila tiba hari raya, saya pula akan beli baju Melayu atau kurta dan barangan lain macam orang Melayu,” katanya menerusi hantaran berkenaan.

Menjawab pertanyaan pengguna Thread lain, pemuda tersebut memaklumkan dia turut mempunyai nama lain diberikan oleh rakannya yang beragama Islam.

“Siap ada nama Melayu bulan Ramadan, Saya Ibryhim atau Baim. Hari biasa saya Bryan atau Bry,” katanya yang juga seorang pereka fesyen.


Hantaran itu diakui oleh pengguna Thread yang lain apabila mereka juga melakukan perkara sama membeli pakaian tradisi orang Melayu sedangkan tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Cina di sini, beli set baharu baju raya setiap tahun,” komen Cathyyy.

“Sama, saya ada beberapa kurta, tapi tiada samfu,” kata Jengtau.

“Sebabnya baju kurung atau kebaya boleh pakai setiap hari, tapi cheongsam tak boleh,” kata Xiuyuann.

“Kebetulan jadi cerita, kami nampak baju Melayu cantik. Ada satu pelanggan Cina tegur, ‘bang you nak beli baju Melayu tak? Jom kongsi, saya nak beli satu saja. Tapi sepasang RM100, kalau beli dua pasang RM120 murah’. Tapi kita orang tak beli baju raya, kita orang tolak tawaran dia. Masalahnya member muka seronok eh beli baju raya,” kata Cik Ieka Atiqah. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yunho 19-3-2025 08:53 AM
beli le...sy pun ade cheongsam sayang nak pakai...bila raya cina sy pakai...
senang cakap baju tuk krismas je tak ade...lain perayaan ade...
Quote kepompong 19-3-2025 08:56 AM
Yunho replied at 19-3-2025 08:53 AM
beli le...sy pun ade cheongsam sayang nak pakai...bila raya cina sy pakai...
senang cakap baju tuk k ...

Krismas baju camne u… nampak lurah2 ke macam hanis haizi
Quote krustykrab 19-3-2025 09:03 AM
kepompong replied at 19-3-2025 08:56 AM
Krismas baju camne u… nampak lurah2 ke macam hanis haizi

Baju santa claus kot
Quote kucingitam 19-3-2025 09:27 AM
krismas baju warna hijau merah kot..
Quote riyadhK 19-3-2025 01:50 PM
Kat mana murah nau baju melayu rm100 ni?
Quote batmana 19-3-2025 05:31 PM
Tunggu mamat desogner buat baju raya universal 3 kaum..campur Baju melayu-cina +India
Quote grouper 19-3-2025 05:57 PM
riyadhK replied at 19-3-2025 01:50 PM
Kat mana murah nau baju melayu rm100 ni?

Live tiktok n shopee boleh dapat bawah 100. Sebelum posa aritu yg bawah 50 pun ada
Quote B40tastePosh 19-3-2025 09:15 PM
Yunho replied at 19-3-2025 08:53 AM
beli le...sy pun ade cheongsam sayang nak pakai...bila raya cina sy pakai...
senang cakap baju tuk k ...

Baju Krismas tu seluar pendek kot. Dengan T shirt lengan pendek.
Quote ninja boy 19-3-2025 09:55 PM
Edited by ninja boy at 20-3-2025 01:47 AM

Don wori 2029-2031 kongsi raya dan cny dah boleh cipta baju cina melayu
Quote cmf_Strawberry 19-3-2025 10:40 PM
Jumaat lepas pegi aeon mmg nampak non - malay shopping baju kurung.
Quote ina_na 20-3-2025 03:38 AM
riyadhK replied at 19-3-2025 01:50 PM
Kat mana murah nau baju melayu rm100 ni?

Iolss bl kat Muaz je sblm pose dpt bAwah rm70 tuk dewasa... Tuk kanak2 x ingat berapa... Kwn iolss bl kat Jakel dpt bAwah rm100...
Quote SalenaGomez 20-3-2025 05:42 AM
cmf_Strawberry replied at 19-3-2025 10:40 PM
Jumaat lepas pegi aeon mmg nampak non - malay shopping baju kurung.

Iyaaaa weekend aritu saje jenjalan kat aeon SA, ramai cina cari baju raya juga. Paling diorg suka baju kebaya. Cer tanya seller2, mmg obvious kali ni ramai cina menyopping baju raya esp pempuan
Quote sharlenetexas 20-3-2025 09:57 PM
Imejinlah cina hari2 pakai cheongsam yg terbelah sampai peha tu. Sungguh tak comfortable.


Quote kotakbaju 20-3-2025 10:49 PM
Rasanya baju kurung je yg praktikal dan sesuai untuk pakaian harian. Tak kira acara apa sekalipun. Pakai baju kurung utk pi klinik ke, pi ambik anak sekolah ke, pi beli brg ke, pi urusan mana2 pejabat kerajaan ke takde nampak peliknya pun. Dlu masa study kat uni, ramai je rakan2 non malay pakai baju kurung dgn kebaya pi kuliah. Jarang la nampak diorg pakai cheongsam atau sari ke kelas tu.
Quote sha82 25-3-2025 12:58 PM
batmana replied at 19-3-2025 05:31 PM
Tunggu mamat desogner buat baju raya universal 3 kaum..campur Baju melayu-cina +India

Tunggu kongsi raya nanti mesti ada

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.050652 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top