CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rebecca Nur Al Islam kongsi gambar kahwin abang sulung dengan Bonda Rozita

19-3-2025 08:14 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 49904| Komen: 328|Original author: Raline

ag.PNG


Tanpa berselindung, pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam mengesahkan suami baharu usahawan Rozita Ibrahim adalah abang sulungnya.

Rebecca, 39, juga menyambut baik kehadiran Rozita sebagai ahli baharu dalam keluarganya.

Malah Rebecca turut menitip doa agar perkahwinan pasangan berkenaan berkekalan.

“Assalamualaikum kakak iparku. Kita (saya) wakil daripada keluarga kecil kami mengucapkan selamat datang dalam keluarga.

“Semoga perkahwinan Abang Long dan Kak Rozi (Rozita) ini membawa sampai ke akhir hayat dan ke syurga, dijaga, diberkati serta dipelihara Allah SWT.

“Saling sayang menyayangi dan hormat menghormati. Jodoh, ajal, maut sudah tertulis di Luh Mahfuz, pernikahan itu adalah ibadah yang Allah suka,” katanya.

rb.PNG

Rebecca berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Rebecca turut memuat naik beberapa momen dia bersama keluarga hadir ke majlis pernikahan Rozita yang dilakukan secara tertutup.

Bagaimanapun Rebecca tidak berkongsi lanjut mengenai majlis tersebut namun pasangan itu dilihat bergandingan tangan selain dikelilingi meja dipenuhi tetamu.

Malah dia juga berkongsi beberapa foto yang memaparkan seisi keluarga termasuklah abang sulungnya dan Rozita.

Pada malam Ahad, Rozita secara terbuka berkongsi status perkahwinannya dengan suami baharunya di Instagram.

Pasangan berkenaan ketika ini berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah.

Desas-desus perkahwinan Rozita mula menjadi  tanda tanya apabila lelaki berkenaan tiba-tiba muncul dalam satu sesi siaran langsung ketika dia berada dalam sebuah bilik hotel.

Anak kepada Rozita yang dikenali sebagai Ain kemudian mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh.

Ain bagaimanapun enggan mendedahkan punca Rozita berpisah dengan suami terdahulu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kuyu 17-3-2025 09:25 PM
Tahniah.. pengantin baru. Berapa umur mak Rebecca Nur Al Islam? Mungkin muda dari menantu
Quote sharlenetexas 17-3-2025 09:26 PM
Tengok muka vibe mcm polis.


Quote kepompong 17-3-2025 09:35 PM
Adik beradik nak kawen ngan orkaikai aje ye
Quote Sesuatu… 17-3-2025 10:14 PM
Umur dia baru 39? Adui aku ingt tua lagi
Quote Fazzbulous 17-3-2025 10:19 PM
npe mcm si bekah ni yg beria eh?huhuhuhu
Quote immortallez 17-3-2025 10:22 PM
Yela Bekka, cuba kalau abang kau tu kawin dengan Mak Jan marhaen biasa2 je, tak ada nya kau nak memuji2.
Quote Kancilkering 17-3-2025 10:24 PM
kira dpt laki muda lah rozita. ni

senang lah laki becha tu dpt finance ….rozita tu kan kaya gle
Quote DukunSentet 17-3-2025 10:28 PM
Gambar kawen yang peluk dari belakang tue awat ai rasa geli ek..maybe ai jenis x romantic kot.. Tok laki pon x romantic.. Habis camna kita bikin romantic..dan yang paling romantic
Quote Minami2013 17-3-2025 10:31 PM
Tak mungkin la pakai oil urut2 muka boleh jadi muka bengkak gitu.. kalo jenis muka tirus meols percaya jugak mcm anak dia yatie tu.
Quote zuriey 17-3-2025 10:31 PM
Laki bekah tu mcm dah 80an je umurnya
Quote Shayang 18-3-2025 12:48 AM
Kita bikin romantissss
Alamak aku dh tak ingat plak lirik seterusnyaa
Quote MissVixen 18-3-2025 07:22 AM
Berapa umur abang long dia tu?
Dah tua bau tanah kubur pun rajin lagi buat photoshoot. Captions bukan main tunggang agama
Quote Kancilkering 18-3-2025 07:28 AM
zuriey replied at 17-3-2025 10:31 PM
Laki bekah tu mcm dah 80an je umurnya

dia ada sakit kan….jantung ke apa ntah
anak bersusun


Quote noor2 18-3-2025 07:48 AM
Tgk sejarah perkahwinan dia ni...brp lama je boleh bertahan
Quote royaldanish 18-3-2025 08:00 AM
noor2 replied at 17-3-2025 11:48 PM
Tgk sejarah perkahwinan dia ni...brp lama je boleh bertahan

laju sangat dapat pengganti
ke lama dh intai?
Quote noor2 18-3-2025 08:18 AM
royaldanish replied at 18-3-2025 08:00 AM
laju sangat dapat pengganti
ke lama dh intai?

Kita bukan mengata atau tahu masa depan tp berdasarkan sejarah perkahwinan dia...fakta...
Quote brainbiru 18-3-2025 08:20 AM
La 39? Aku ingat hang baya2 cheta..50an
Quote royaldanish 18-3-2025 08:23 AM
noor2 replied at 18-3-2025 12:18 AM
Kita bukan mengata atau tahu masa depan tp berdasarkan sejarah perkahwinan dia...fakta...

tak....
'lama dh intai' tu i tuju pada mak cik tua tu
Quote noor2 18-3-2025 08:25 AM
royaldanish replied at 18-3-2025 08:23 AM
tak....
'lama dh intai' tu i tuju pada mak cik tua tu

Satttt....makcik tu intai pakcik tu ke....?

Lihat semua komen(328)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.074485 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top