CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sarjan didakwa minta suapan gelang emas

19-3-2025 01:38 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3612| Komen: 7|Original author: tatod

WhatsApp-Image-2025-03-19-at-12.05.39-PM-1.jpeg


KUANTAN – Seorang anggota polis berpangkat sarjan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini adas pertuduhan meminta suapan berupa seutas gelang emas daripada seorang wanita sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang berkaitan kes pukul kira-kira dua tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Khairi Aswadi Mohamad, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie di sini hari ini.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Khairi Aswadi didakwa meminta suapan itu daripada seorang wanita berusia 39 tahun di sebuah premis makanan segera di Taman Chengal, Temerloh, kira-kira pukul 2 petang pada 15 April 2023.

Suapan tersebut didakwa sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan ke atas wanita berkenaan yang disiasat berkaitan kes pukul.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16 (a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ezuain Farhana Ahmad yang menawarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin bercagar serta beberapa syarat tambahan.

Hakim membenarkan jumlah jaminan dikurangkan kepada RM8,000 dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di pejabat SPRM Temerloh setiap bulan dan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 15 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 19-3-2025 09:26 PM
Kulit muka takda Nur.

Quote KamikuP 20-3-2025 09:06 AM
tu pasal anak polis x menjadi bapaknya kaki rasyuah
Quote 3chanceno 20-3-2025 09:10 AM
Mintak gelang emas untuk besday bini atau gf?  harap siasat jugak kes2 yg lain sarjan nie dulu handle.
Quote salimrock 20-3-2025 09:46 AM
sebelum covid dulu wa ada kenal sorang sarjan,

dia dan kawan2 dia kalau dpt tangkap OKT, diorang belasah , ragging,

kalo polis A ragging, polis B rakan, polis B ragging polis A rakam

diorang cakap kalo dia report aku, aku report dia balik...


aku tgk la video tu, kena ikat, kt blakang, kena pukul smpai tergetik cam ulat bulu menahan kesakitan, member dok gelak2 hahaha tgk tu mengeletar kena hentak ujanya sambil air liur pn terpercik


wa pn cakap ,ni mesti orang meskin kan? kalo org kaya mesti tak kena pukul , mesti dioran offer kan?



terusk tukar topik, ni ar salim aku ad a rokok john d blend utk ko 1 kartun...

Quote _kelly 20-3-2025 10:37 AM
salimrock replied at 20-3-2025 09:46 AM
sebelum covid dulu wa ada kenal sorang sarjan,

dia dan kawan2 dia kalau dpt tangkap OKT, diorang b ...

seramnya
Quote Decaffeinated 20-3-2025 01:39 PM
salimrock replied at 20-3-2025 09:46 AM
sebelum covid dulu wa ada kenal sorang sarjan,

dia dan kawan2 dia kalau dpt tangkap OKT, diorang b ...

Ada jenis manusia yang hidupnya rasa memukul itu satu keperluan. Ada yang macam seronok tengok orang bergaduh, macam fetish kot.

Quote sha82 25-3-2025 12:47 PM
salimrock replied at 20-3-2025 09:46 AM
sebelum covid dulu wa ada kenal sorang sarjan,

dia dan kawan2 dia kalau dpt tangkap OKT, diorang b ...

Mcm yang selalu tgk kat cerita2 tamil ye

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.066739 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top