CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shiha Zikir borong kuih di bazar, sedekah balik pada pengunjung

20-3-2025 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8776| Komen: 2|Original author: Raline

sh.PNG


Berkongsi rezeki di bulan mulia ini, penyanyi Shiha Zikir memilih untuk turun ke bazar Ramadan membeli jualan makanan dan bersedekah kepada pengunjung.

Memborong kuih muih yang dijual oleh seorang peniaga, Shiha atau Nurshiha Mohd Zikir, 38, kemudian dilihat mengedar makanan tersebut kepada semua pengunjung di lokasi berkenaan.

"Saya nak beli semua kuih. Tolong bungkus untuk saya berikan orang-orang di sini," katanya ketika bertemu dengan seorang peniaga lelaki di bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.



Lelaki berkenaan juga kelihatan seakan tidak percaya dengan tindakan Shiha kerana ketika itu dia baru sahaja memulakan jualan.

Selepas memborong semua kuih tersebut, Shiha meminta lelaki berkenaan untuk membahagikan setiap bungkusan dan mengedarkan makanan tersebut.

Malah dia juga turut memberikan hadiah 'duit raya' buat peminat yang sudahpun mendengar lagu raya baharu berjudul Tum Tum Raya.

Penyanyi ini juga turut meminta cadangan orang ramai untuk lokasi seterus yang boleh disinggah.



"Selesai niat untuk berkongsi rezeki.

"Komen bazar mana lagi saya nak pergi dan apa yang anda mahu saya belanja," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shiha turut bermurah hati mahu belanja 10 peminat bertuah membeli-belah di pasaraya Giant.

Kata penyanyi ini, pemenang yang dipilih itu merupakan mereka yang meninggalkan komen menarik di video muzik Tum Tum Raya yang dimuat naik di akaun YouTube miliknya.

Lagu itu kini sedang tular di media sosial dan menerima lebih 200,000 tontonan sejak dilancarkan pada 5 Mac lalu.

Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aina_shaira 19-3-2025 09:56 PM
Dia ni banyak job dgn tv3 kan, cuma tu lah takde aura
Quote PULANGKAN 20-3-2025 09:42 PM
Iols haritu pegi bazaar, dapat percuma air bungkus. sebungkus tu RM5

"Cik cik cik cik, ada orang sedekah."

dalam ramai2 manusia kat bazaar bersesak tu, adik jual air balang tu kejor aku, kata orang sedekah. Iols dah pandang kiri kanan, ada secret admirer ke kat orang tua cam aku ni. kot mana la tau, mr cinderella, bukan kasut kaca, tapi air bungkus, gituuu

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.151586 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top