CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

1% Kurang Daripada China, Malaysia Pengguna Kod QR Kedua Tertinggi Di Dunia

21-3-2025 12:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1352| Komen: 9

 

Pada hari ini penggunaan kod QR sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan orang ramai.

Dengan satu kod QR, ia memudahkan orang ramai untuk membuat pembayaran digital, pelepasan imigresen, pendidikan, pelancongan dan pelbagai lagi.

Menerusi satu laporan yang dikongsikan Datareportal, Malaysia merupakan negara kedua tertinggi (66%) menggunakan kod QR, hanya kurang 1% daripada China yang berada di tangga teratas.

 

Kajian itu dibuat berdasarkan pengguna internet berusia 16 tahun ke atas yang mengimbas kod QR pada setiap bulan.

Thailand menduduki tempat ketiga dengan 61.5%, diikuti Argentina (61%), Brazil (60%), Vietnam (58%), Switzerland (57.7%), Taiwan (57.4%), Sweden (54.9%) dan Colombia (54.8%).

Dalam pada itu, penggunaan kod QR secara global meningkat sehingga 50.8% pada suku ketiga tahun 2024.

Daripada segi usia pula julat usia 35 tahun hingga 44 tahun yang paling ramai menggunakan kod QR.

Sebanyak 54.4% adalah pengguna wanita, sementara 53.3% adalah lelaki.

Sumber : The Vocket

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gadis_tulip 21-3-2025 08:24 AM
Oh yang ini lah yang dikatakan tanda2 akhir zaman in which digital money semakin mendapat perhatian dunia. No more physical money.
Quote plywood 21-3-2025 08:44 AM
sebab nilai duit kita turun atau harga barang mahal.. duit tebal pun sekjap habis, bawa casssh dah tak berbaloi tak macam sebelum covid
Quote copy_paste 21-3-2025 09:43 AM
pakai tng e wallet senang, xyah susah2 bwk cash byk2,nak bayau takat ringgit2 tu pakai QR je xde nak dpt belen sen2 yg buat poket berat
Quote AbukRokok 21-3-2025 11:35 AM
ada harapan malaysia akan terima social credit score communism

biar terjajah janji senang  
Quote kakikuDibibirmu 21-3-2025 08:24 PM
Jangan lupa hantar duit guna QR code DuitNow akak tawww

Quote sapeka 21-3-2025 10:15 PM
Bukan apa
Ianya memudahkan
Quote tukul 21-3-2025 10:47 PM
I suka kalau gi pasar beli ikan..takde lg dpt balance duit bau hanyir ikan...haha...
Quote Apoo 22-3-2025 06:55 AM
Teringat geng2 yg kutuk Guan Eng bagi ewallet rm30 dulu. Harap2 puak2 tu x guna ewallet la ye.
Quote manjalara_01 24-3-2025 07:10 PM
Edited by manjalara_01 at 24-3-2025 07:12 PM

Dengar cite m'sia mmg nk 100% cashless. Tp sbb wifi x bleh sampai kat ceruk2 hutan gua dll tu yg x dpt capai lg.

I x stuju 100% cashless society. Skrg pun ttibe bleh jd cashless just like that account bank kosong, scam merata..

Last2 bank yg akan pegang duit u allz...dah b' laku pun di China & Amerika. U nk kluarkan duit u sendiri pun x bleh,

Btul la tu cashless society maknanya rakyat yg x berduit ????

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.043297 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top