![]()
![]()
![]() Mengapa ada ramai pengikut yang percaya kepada nabi palsu? Pengikut nabi palsu biasanya terdiri daripada individu yang: - Taasub kepada seseorang iaitu mereka mempercayai individu tersebut secara membuta tuli dan menganggapnya sebagai penyelamat. - Mempunyai kejahilan dalam agama iaitu mereka tidak memiliki ilmu yang cukup untuk menilai kesahihan ajaran yang dibawa oleh nabi palsu. - Tertarik dengan kemudahan yang ditawarkan iaitu nabi palsu sering mengubah hukum agama agar lebih mudah diikuti seperti membebaskan pengikut mereka daripada solat, puasa dan peraturan Islam yang lain. - Mencari jawapan dalam kehidupan iaitu ada individu berada dalam keadaan tertekan atau mencari penyelesaian hidup, lalu mudah terpengaruh dengan janji-janji palsu. Adakah nabi palsu mempunyai kitab tersendiri? Ya, beberapa nabi palsu telah mencipta kitab mereka sendiri untuk mengelirukan pengikut mereka. Mereka mendakwa kitab mereka adalah wahyu dan lebih baik daripada al-Quran. Ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan memastikan pengikut mereka tetap setia. Namun, hal ini bertentangan dengan Islam kerana al-Quran adalah wahyu terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan tidak ada lagi kitab suci selepasnya. Siapakah yang menjadi pengikut nabi palsu? Pengikut nabi palsu bukan hanya terdiri daripada orang awam, tetapi juga: - Golongan cerdik pandai dan profesional yang mungkin terpengaruh kerana tidak mempunyai kefahaman agama yang kukuh. - Agamawan yang tersalah jalan yang menyimpang kerana keliru atau ingin mendapatkan kuasa. - Pemimpin berpengaruh yang menyokong ajaran sesat inidemi kepentingan politik atau ekonomi. Apakah akibat mempercayai dan mengikuti nabi palsu? Mengikuti ajaran nabi palsu membawa kepada: - Kesyirikan dan kekufuran iaitu nabi palsu sering mengaku sebagai utusan Tuhan atau Tuhan itu sendiri, yang jelas bertentangan dengan akidah Islam. - Penyimpangan daripada Islam yang sebenar iaitu pengikutakan meninggalkan ajaran Islam yang sahih dan mengikuti ajaran yang menyesatkan. - Fitnah dalam masyarakat iaitu dengan kewujudan ajaran sesat boleh membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan nabi palsu? Untuk mengelakkan diri daripada terjerumus dalam ajaran sesat, seseorang perlu: - Menuntut ilmu agama dengan guru yang berkelayakan iaitu ilmu yang benar akan menjadi benteng daripada ajaran sesat. - Berpegang teguh kepada al-Quran dan hadis. Segala ajaran yang bercanggah dengan sumber ini perlu ditolak. - Berhati-hati dengan dakwaan yang luar biasa. Jika seseorang mendakwa mendapat wahyu atau menjadi nabi, maka diatelah jelas berdusta. - Menjauhi individu dan kumpulan yang mencurigakan. Jika sesuatu ajaran kelihatan ganjil atau bertentangan dengan Islam, maka jauhilah ia. Allah SWT berfirman: "Wahai orang yang beriman, apabila kamu diminta melapangkan tempat duduk kamu untuk orang lain dalam satu majlis, maka lapangkanlah, supaya Allah meluaskan tempatkamu di syurga. Apabila diminta supaya kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama dalam kalangan kamu. Dan ingatlah, Allah Amat Mengetahuiapa yang kamu lakukan." (Surah al-Mujadalah: 11) Ayat ini menunjukkan bahawa Allah SWT mengangkat darjat orang yang berilmu. Oleh itu, umat Islam perlu berusaha mendapatkan ilmu agar tidak mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Apakah kaitan sifat warak dengan menjauhi ajaran nabi palsu? Sifat warak bermaksud berhati-hati dalam urusan agama dan menjaga diri daripada perkara yang meragukan. Mutraf bin Abdullah pernah berkata: "Aku lebih menyukai kelebihan ilmu berbanding kelebihan ibadah. Sebaik-baik cara kamu beragama ialah sifat warak." Al-Munawi menjelaskan bahawa orang yang warak sentiasa berhati-hati agar tidak melanggar perintah Allah SWT. Mereka akan menilai sesuatu ajaran dengan teliti sebelum menerimanya. Kesimpulannya, fenomena nabi palsu dan pendusta agama bukan sesuatu yang baharu, malah ia telah wujud sejak zaman Rasulullah SAW. Umat Islam perlu berhati-hati dan memastikan mereka berpegang teguh kepada al-Quran dan sunnah. Dengan ilmu yang benar, seseorang akan dapat mengenal pasti ajaran sesat dan mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan fitnah akhir zaman ini. Penulis Timbalan Pengarah Usim Alamiyyah Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) |
acikonion replied at 22-3-2025 10:45 PM
Entah brpa ramai ngaku nabi palsu kt malaysia cuma x kantoi je
ADVERTISEMENT