JOHOR BAHRU: Bencana banjir yang melanda bandar raya ini sejak kelmarin dan semakin buruk, semalam, dipercayai menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas luar biasa sejak petang tadi. Penjawat awam, Annaz Md Nor, 40, berkata beliau bersama dua anak bergerak untuk pulang dari pusat bandar sekitar jam 6.15 petang, namun terperangkap dalam kesesakan sehingga terpaksa singgah di sebuah pusat beli-belah untuk berbuka puasa. "Saya lihat pada aplikasi Waze, kami dijangka tiba di rumah di Taman Austin Perdana pada jam 8.15 malam. Saya membuat keputusan berhenti untuk berbuka puasa dan solat maghrib dahulu sebelum sambung perjalanan. "Namun sebaik saja menyambung perjalanan pada jam 8.15 malam, kesesakan jalan raya semakin teruk dan hingga kini (jam 11 malam) kami belum sampai di rumah, sedangkan perjalanan pulang sepatutnya hanya mengambil masa 25 minit atau paling lewat 45 minit," katanya ketika dihubungi.
Loading FB Post... Annaz mendakwa kesesakan lalu lintas luar biasa itu disebabkan banjir dan beberapa jalan raya ditutup kerana dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan. "Malah, saya nampak kira-kira lima kenderaan tersadai di tepi jalan akibat berlaku kerosakan, mungkin kerana terlalu lama terperangkap dalam kesesakan," katanya. Terdahulu, ramai pengguna jalan raya di sekitar daerah ini kongsikan dalam media sosial mengenai keadaan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang dianggap luar biasa. Seorang lagi pengguna jalan raya, Mohd Raflik Affandi, 41, berkata perjalanan pulang dari rumah mertuanya di Kampung Mahmoodiah ke kediaman beliau di Taman Setia Indah biasanya mengambil masa 20 hingga 30 minit saja. Bagaimanapun, katanya, kesesakan lalu lintas menyebabkan beliau tiba di rumah pada jam 10.30 malam selepas sejam setengah di atas jalan raya. "Saya buka puasa di rumah mertua kerana tahu tidak akan sempat sampai rumah untuk berbuka. Namun selepas berbuka puasa pun, kami masih tersangkut dalam kesesakan. "Apa yang dapat dilihat tadi, air di longkang dekat kawasan banjir masih tinggi tetapi tidak melimpah ke jalan raya dan dipercayai beransur surut," katanya. Hujan berterusan melanda negeri ini sejak pagi kelmarin dan banjir mula berlaku di beberapa daerah. Sumber : Berita Harian |
Firenzza replied at 21-3-2025 06:11 AM
Xde ke yg nk jerit2 sampai terkeluar anak tekak "banjir pun x terurus.....muka ni jugak nk pi tlg... ...
Firenzza replied at 21-3-2025 06:11 AM
Xde ke yg nk jerit2 sampai terkeluar anak tekak "banjir pun x terurus.....muka ni jugak nk pi tlg... ...
Tinot7 replied at 21-3-2025 08:15 AM
Sapa ckp camtu?
nuralisa replied at 21-3-2025 08:42 AM
sapa cakap camtu? abg viva ke
Firenzza replied at 21-3-2025 09:02 AM
Abg viva tu sapa sis
Firenzza replied at 21-3-2025 09:01 AM
Ntah la sis, ada la satu orang tu time blm berkuasa janji bulan bintang, ckp org lain x tau buat k ...
nuralisa replied at 21-3-2025 08:42 AM
sapa cakap camtu? abg viva ke
BungaKencana replied at 21-3-2025 08:43 AM
sg depan rumah kakak aku da nk melimpah.. kalau hujan tak berhenti mmg banjir kwsn rumah dia.. pdhl ...
awanysss replied at 21-3-2025 12:34 PM
aku tertunggu2 dorang disclose "punca" banjir kilat ni hihihihi
warna air yg bertebaran semuanya w ...
ADVERTISEMENT