KUALA LUMPUR: Inisiatif sekolah bertingkat dengan kerjasama sektor korporat, akan diperkenalkan bagi membantu menangani masalah kepadatan sekolah di kawasan bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, inisiatif itu bukan saja dapat mengoptimumkan penggunaan sumber dan infrastruktur pendidikan tetapi juga memastikan persekitaran pembelajaran lebih kondusif untuk murid serta guru. "Inisiatif seperti sekolah angkat dengan dukungan rakan strategik korporat akan diperluaskan bagi membuka lebih banyak peluang pembelajaran kepada murid, terutama dalam bidang kemahiran digital dan daya cipta," katanya dalam hantaran melalui Facebook, malam ini. Perkara itu adalah inti pati mesyuarat Perdana Menteri bersama kepimpinan tertinggi Kementerian Pendidikan di Putrajaya, hari ini. Dalam era digital dan kecerdasan buatan (AI), Anwar berkata, sistem pendidikan negara perlu berkembang seiring perubahan teknologi dengan pendidikan digital akan terus diperkasakan agar murid memperoleh kemahiran teknologi yang diperlukan untuk masa depan.
Selain itu, katanya, penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terus disemarakkan tanpa mengabaikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa bagi memastikan pelajar memiliki kelebihan pada peringkat global. Beliau berkata, peningkatan kemasukan dalam lapangan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut menjadi fokus utama. Perdana Menteri menjelaskan langkah itu penting bagi memastikan tenaga kerja negara sentiasa relevan dengan keperluan industri, selain menjamin kebolehpasaran graduan yang lebih tinggi. "Kerajaan juga bersungguh-sungguh memperluaskan program TVET ke sekolah berasrama penuh (SBP) bagi melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam pelbagai sektor strategik," katanya. Perdana Menteri berkata, kerajaan beriltizam tegas untuk melaksanakan reformasi pendidikan secara menyeluruh bagi memastikan setiap murid mendapat akses kepada sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dengan keperluan semasa dan mampu membentuk mereka sebagai pemimpin masa depan. Anwar berkata, keutamaan juga akan diberi kepada pemerkasaan guru sebagai agen perubahan yang berperanan penting dalam mencorak masa depan pendidikan negara. Katanya, latihan lebih komprehensif, peningkatan kemahiran pedagogi dan penggunaan teknologi dalam bilik darjah turut diperkukuh bagi memastikan setiap murid memperoleh pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan. Sumber : Berita Harian |
Orenn1 replied at 21-3-2025 06:29 AM
Sekolah bertingkat tu maksudnya mcm mana? Sekolah yg building dia byk tingkat ke apa?
copy_paste replied at 21-3-2025 01:35 AM
bertingkat tu maksudnya berlapis lapis,mungkin nt nak bina sekolah sampai 3 tingkat kot
pp_gurl replied at 21-3-2025 02:34 PM
kalo nk tgk sekolah tinggi ada lift blh tgk sek men keb sentul utama. Kat jalan ipoh. Tingkat atas2 ...
naina replied at 21-3-2025 07:01 AM
Sekolah bertingkat
Masalah jalan raya akan jadi jem kaw2 laa mak bapak pick up anak2 ambik anak2
Yan ...
Orenn1 replied at 21-3-2025 03:28 PM
Entrance sekolah kena buat style yg lebih practical
cantthinkofany replied at 21-3-2025 09:03 AM
yg buat jam bila mak/pak sampai awai....anak tak keluor lagi....
Orenn1 replied at 21-3-2025 12:39 PM
Pelik betul ckp mcm tu, bukan selama ni dah mcm tu ke
Decaffeinated replied at 21-3-2025 09:50 AM
Ha ha ha... sekolah aku dulu pun memang dah 4 tingkat.
naina replied at 21-3-2025 03:01 PM
Sekolah bertingkat
Masalah jalan raya akan jadi jem kaw2 laa mak bapak pick up anak2 ambik anak2
Yan ...
Orenn1 replied at 21-3-2025 05:35 PM
Tu lah dtg awal buat apa, bagi jem lagi
ADVERTISEMENT