KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) kini merupakan pasaran eksport terbesar Malaysia mengatasi China dari segi kuantiti eksport, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. "China kekal sebagai rakan dagang terbesar kita dari segi jumlah perdagangan, tetapi AS kini destinasi eksport utama Malaysia," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian ASEAN Unity Drive 2025 (AUD 2025), di Menara MITI, di sini, hari ini. Beliau berkata, kerajaan terus mengadakan libat urus dengan syarikat multinasional dan dewan perniagaan AS untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dua hala dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu. Tengku Zafrul juga menggalakkan syarikat Malaysia untuk menimbang melabur di AS, terutamanya dalam sektor yang berdaya maju secara komersial. "Kerajaan akan berusaha untuk membantu memudahkan syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke pasaran AS.
"Walaupun tiada rancangan setakat ini untuk perjanjian perdagangan antara Malaysia atau ASEAN dan AS, kerajaan tetap terbuka menerima sebarang cadangan untuk perbincangan pada masa depan," katanya. Sumber : Berita Harian |
Orenn1 replied at 21-3-2025 06:27 AM
Kita eksport apa ye lo betul aku tak tahu kita eksport apa kohkohh
Decaffeinated replied at 20-3-2025 03:03 PM
"China kekal sebagai rakan dagang terbesar kita dari segi jumlah perdagangan, tetapi AS kini destina ...
Firenzza replied at 20-3-2025 05:06 PM
Japrul ni kena la bagi details apa yg kita export kt us tu? Handphone ka, axia, myvi ka, tayar keret ...
mawarmatahari replied at 21-3-2025 01:17 AM
Boleh la kot lepasni laporan tu kene detailkan, product apa yg kita export tinggi ke USA.(Electrical ...
plywood replied at 21-3-2025 12:57 AM
aku ingat masa covid hari tu kita antara pengeksport sarung tangan terbesar ke us
mawarmatahari replied at 21-3-2025 09:17 AM
Boleh la kot lepasni laporan tu kene detailkan, product apa yg kita export tinggi ke USA.(Electrical ...
Yoonggi replied at 21-3-2025 03:09 PM
Guna yg bwh CPTPP kot
ADVERTISEMENT