CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hamidin kembali ke FAM?

21-3-2025 12:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1073| Komen: 0|Original author: Raline



Hamidin-1536x1024.jpg


KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak ada sebarang masalah untuk melantik Tan Sri Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Kehormat dan percaya pengalaman serta pengaruh luas yang ada pada mantan presiden itu mampu beri nilai tambah kepada badan induk berkenaan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman, berkata perkara itu belum lagi dibincangkan namun secara dasarkan tiada sebarang masalah untuk melantik Hamidin.

“Benda ini adalah agenda kita dan akan bincangkan perkara ini. Itu (lantikan) belum dapat dipastikan lagi sehingga ada perbincangan. Kalau ikutkan keperluan, memang daripada segi pengalaman (Hamidin) tidak boleh dinafikan, banyak perkara yang perlu diambil kira.

“Dengan hubungan di AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), memang kita memerlukan nasihat (daripada Hamidin). Secara dasarnya tidak ada masalah,” katanya.

Sebelum ini Hamidin ambil keputusan untuk tidak pertahankan jawatan Presiden FAM dan kerusi nombor satu itu kini diambil alih oleh Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub.

Bagaimanapun ketika ini timbul khabar angin mengatakan Hamidin akan terus kekal di FAM dimana wujud dakwaan akan menggalas jawatan Presiden Kehormat.

“Sekarang kita ada presiden baharu, dengan pucuk pimpinan baharu kita menjalankan tugas apa yang kita ada sekarang,” katanya.


Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.046729 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top