CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rakyat Johor, Pahang boleh beraya lebih lama

21-3-2025 12:52 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1241| Komen: 4|Original author: Raline


PIALAMALAYSIAAKHIR_3499-1-1536x1089.jpg


PETALING JAYA: Aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dianjak ke 26 April ini, berbanding jadual asal yang sepatutnya dilangsungkan pada 12 April.

Keputusan itu dibuat selepas Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menerima permohonan rasmi daripada Sri Pahang dengan persetujuan Harimau Selatan.

“Dengan perubahan ini, MFL juga akan melakukan pindaan jadual baki perlawanan Liga Super musim ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut dalam masa terdekat,” menurut kenyataan rasmi MFL.

Pertembungan final antara JDT dan Sri Pahang FC dijangka sengit, dengan kedua-dua pasukan bersedia memberikan persembahan terbaik bagi merebut trofi berprestij bola sepak negara.

Perubahan ini juga membolehkan penyokong kedua-dua pasukan merancang perjalanan mereka ke ibu negara, selain membantu kelancaran urusan jualan tiket yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan finalis.

Sumber – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 21-3-2025 08:11 AM
woowwwwwwww
Quote hayrin86 21-3-2025 09:27 AM
Beraya Aidilfitri selama tiga atau empat hari sudah memadai, lepas tu boleh pasang azam lepas Raya Aidilfitri dah..
Quote Decaffeinated 21-3-2025 06:56 PM
Alasan tukar tarikh sebab nak raya lebih, nak plan travel, senang jual tiket semua tu sangat bodoh tak boleh belah. Hanya menunjukkan kamu ada lah perancang yang gagal.

Baik bagi tau ja alasan sebenar.
Quote B40tastePosh 21-3-2025 07:08 PM
Decaffeinated replied at 21-3-2025 06:56 PM
Alasan tukar tarikh sebab nak raya lebih, nak plan travel, senang jual tiket semua tu sangat bodoh t ...

Tak baik sebut bodoh, nanti jadi sihir ain....sebut Barakallahumafik

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.042150 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top