CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Final Piala Malaysia antara JDT dan Sri Pahang ditetapkan pada 26 April 2025 - MFL

21-3-2025 12:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1035| Komen: 1|Original author: Raline



Screenshot 2025-03-20 234555.png


Pentas final Unifi Piala Malaysia 2024/25 yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC bakal berlangsung pada tarikh baru.

Sebelum ini, Malaysian Football League (MFL) mengumumkan tarikh aksi akhir kejohanan itu bakal diadakan pada 12 April ini.

Walau bagaimanapun, perubahan tarikh final Unifi Piala Malaysia dibuat selepas MFL menerima permohonan Sri Pahang dan mendapat persetujuan JDT.

Kedua-dua pasukan memaklumkan kebanyakan penyokong berharap tarikh aksi final kejohanan edisi ke-98 itu dapat dianjak ke tarikh baharu.

Ini bagi membolehkan mereka merancang perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Ini ditambah dengan kekangan penyokong mendapatkan tiket disebabkan tarikh asal jatuh dalam minggu awal sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Susulan itu, tarikh baru final Unifi Piala Malaysia kini diubah dari 12 April kepada 26 April ini.

MFL berharap dengan tarikh baharu ini, ini membolehkan urusan penjualan tiket final yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan finalis dapat disusun dengan lebih baik.

Ini dapat memastikan kehadiran ramai penyokong JDT dan Sri Pahang sekaligus menggamatkan pentas final itu nanti.

MFL turut memaklumkan kesemua tiket fizikal dan e-tiket yang telah dan akan dijual menggunakan tarikh asal perlawanan akhir pada 12 April akan kekal digunakan untuk tarikh baharu tersebut.

Sehubungan dengan itu, MFL bakal meminda baki jadual perlawanan Liga Super musim 2024/25. Pindaan jadual bakal diumumkan dalam masa terdekat.

JDT yang juga juara bertahan mara ke final selepas menyingkirkan juara edisi 2001, Terengganu FC di peringkat separuh akhir.

Tok Gajah mengatasi cabaran Sabah FC dalam satu lagi aksi separuh akhir untuk meraih tiket final.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 21-3-2025 09:29 AM
12 April kira hari Raya dah habis dah.. Kenapa tidak kekalkan aje 12 April..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.048286 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top