CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baju Melayu percuma di bazar Ramadan

21-3-2025 12:53 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1482| Komen: 10|Original author: Raline

WhatsApp-Image-2025-03-20-at-16.09.19.jpeg


PETALING JAYA – Bazar Ramadan Taman Yayasan di Johor meraih perhatian orang ramai apabila deretan baju Melayu dan jubah terpakai yang masih elok diberikan secara percuma kepada orang ramai.

Inisiatif itu amat bermakna dan memberi keceriaan terutama buat golongan yang kurang berkemampuan atau sedang bergelut dengan masalah kewangan.

Berdasarkan klip video yang dikongsi di pemilik akaun TikTok @Mufarizam kelihatan pengunjung bazar berkenaan teruja memilih baju Melayu masing-masing.

“Kecil bagi kita tapi besar buat mereka,” katanya.

Rata-rata pengguna TikTok meluahkan rasa terharu dan mengucapkan terima kasih kerana berbesar hati berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Malah, ada pengguna media sosial yang mahu turut serta menyumbang pakaian kepada golongan yang memerlukan.

“Kat mana ni boleh sumbang? Saya banyak baju Melayu plus size (saiz besar) juga,” soal @Sistaa817.

“Boleh ke saya nak sumbang baju raya. Saya ada (pakaian) yang hanya pakai sekali je,” kata @Bukanmokcikbelang.

“Sedihnya, kita tiap-tiap tahun beli baju raya, tapi bagi orang yang tak mampu mungkin dah lama tak beli baju raya. Nikmat apa lagi yang aku dustakan ya Allah,” kataKakbell. –

“Baguslah idea macam ni,” Amani.





Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 21-3-2025 08:12 AM
wow baIKNYE
Quote akies 21-3-2025 01:45 PM
Bagusnya buat camni.
Org yang tk mampu boleh datang dan pilih sahaja
Quote Yoonggi 21-3-2025 02:52 PM
Moga murah rezeki mrk yg menyumbang ni
Quote syirazee 22-3-2025 01:10 AM
Bagus je buat macam ni,bukan apa kadang2 baju raya ni bukannya selalu pakai...masih ok lg.Elokla disedekahkan kepada yang kurang mampu.
Quote Zeelalala 22-3-2025 01:47 AM
Sedih..betul la tu...mungkin bagi kita dah xberguna, tapi sgt bermakna bg org yg entah dah brp lama x beli baju raya. Insof kejap
Quote OlalaBanana 23-3-2025 10:35 AM
baru tau kt pj ni je, kalau x boleh sedekahkn byk giler baju kurung kite sbb keje pakai baju kurung dlu????
Quote xflat67 24-3-2025 05:50 PM
baik2
Quote sha82 25-3-2025 12:44 PM
Bagusnya
Quote mejaputih 25-3-2025 01:34 PM
Zeelalala replied at 22-3-2025 01:47 AM
Sedih..betul la tu...mungkin bagi kita dah xberguna, tapi sgt bermakna bg org yg entah dah brp lama  ...

Iye, it means a lot to those in need...kita je x penah  rasa...
Quote BungaKencana 25-3-2025 02:36 PM
inisiatif yg baik utk org2 yg kurang mampu, gelandangan blh juga pkai baju cantik2 di pagi raya..

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.045083 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top