CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beraya dalam penjara lepas tampar isteri dua kali

21-3-2025 12:54 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1634| Komen: 9|Original author: Raline



tampar-isteri.jpeg


TEMERLOH – Gara-gara menampar isteri sebanyak dua kali, seorang lelaki terpaksa beraya di tirai besi selepas dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan hari ini.

Tertuduh, Shahrul Irzuan Alwi,38, dijatuhi hukuman itu selepas menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Tan Chew King.

Pada 18 Februari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama.

Tertuduh didakwa menampar isterinya selepas mengetahui mangsa membuat permohonan cerai kerana tidak tahan dengan sikap panas baran lelaki itu.

Menurut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja menampar pipi kanan isterinya yang berusia 39 tahun pada pukul 8.30 malam, 8 Januari lalu di sebuah rumah di Felda Jenderak Utara Kuala Krau, di sini.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Nursyazwani Roslan.

Terdahulu, Adriana memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana lelaki itu sepatutnya melindungi isteri selain mengambil kira kecederaan mangsa.

Nursyazwani bagaimanapun merayu hukuman ringan kerana tertuduh sudah menyesal selain pengakuan bersalah yang menjimatkan masa banyak pihak.

Tambahnya, tertuduh bekerja kampung dengan pendapatan bulanan RM800 dan mempunyai enam tanggungan. Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam bulan ke atas tertuduh bermula dari tarikh lelaki itu ditahan.


Sumber : Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 21-3-2025 09:28 AM
Lupakan Hari Raya lagi sesuai..
Quote OlalaBanana 23-3-2025 02:45 PM
Tk pasal pasal .Adoii la
Quote Minami2013 23-3-2025 03:31 PM
Panas baran.. elok la mintak cerai.
Quote primarikey 23-3-2025 03:43 PM
Gaji 800, 6 tanggungan
Cari la keje lain yg gaji besar skit
Gaji bangla ngn indon lg mahal kot
Quote Manjahati 23-3-2025 05:30 PM
Harapnya lps 6 bulan dlm penjara jgn ulang lagi
Quote B40tastePosh 23-3-2025 05:43 PM
Bini makan penampar, suami raya dalam penjara.
Quote imanamsyar 24-3-2025 08:35 AM
gaji kecik, anak ramai, baran plak tu..memang jantan xsedar diri siap penampor bini..padahal bini la sebelum ni agaknya bantu ekonomi kuarga..
so, laki kena penjara 6 bln, mudah la bini proceed cerai.. biar jantan tu kuar xde bini.. menyusahkan orang je.
Quote sapeka 24-3-2025 08:50 AM
Baran
Elok la tu
Quote TeropongThaico 24-3-2025 10:00 AM
Baran... Patut le pun
Ok la selamat hari raya
Kat penjara ada ke ketupat rendang? Yg bini takyah le susah2 gi antar better proceed je nak cerai tu

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.044555 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top