CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bintang Muay Thai Thailand, Rodtang hanya perlukan 80 saat tundukkan jaguh Jepun, Takeru

24-3-2025 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1066| Komen: 7




PETALING JAYA – Bintang Muay Thai Thailand, Rodtang Jitmuangnon membuktikan kehebatannya apabila menewaskan jaguh Jepun, Takeru Segawa menerusi knockout (KO) seawal pusingan pertama pada pertarungan epik dalam acara utama Kejohanan ONE 172 di Saitama Super Arena, Jepun sebentar tadi.



Rodtang hanya memerlukan 80 saat untuk menamatkan pertarungan selepas mendaratkan kombinasi pukulan tepat dan bertenaga yang menyebabkan Takeru tumbang, sekali gus memaksa pengadil menghentikan pertarungan serta-merta.

Sebelum pertarungan itu, Rodtang menegaskan dia telah melakukan perubahan besar dalam sesi latihan dan pemakanan untuk memastikan dirinya berada dalam kondisi terbaik bagi menghadapi pertarungan lima pusingan tersebut.


Selepas episod mengecewakan di ONE 169 tahun lalu di mana dia gagal dalam timbangan berat badan dan terpaksa melepaskan gelaran ONE Flyweight Muay Thai World Title, Rodtang berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.

Namun, pertarungan ini tidak memerlukan lima pusingan seperti dijangka selepas Rodtang memanfaatkan kelebihannya dengan gaya pertarungan agresif selain memberikan tekanan sejak awal dan tidak memberi ruang kepada Takeru untuk beraksi dengan selesa.

Loading FB Post...

Takeru cuba menggunakan kepantasannya untuk mengawal tempo pertarungan, tetapi ketepatan dan kekuatan pukulan Rodtang terlalu sukar untuk ditandingi.

Kemenangan itu bukan sahaja menebus kekecewaan lalu, malah mengukuhkan kedudukan Rodtang sebagai salah seorang petarung flyweight kickboxing terbaik dalam ONE Championship. 

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 24-3-2025 07:48 AM
Dia ni ka yang kawin Melayu tu? Pernah ada thread kat CI ni rasanya.
Quote airfilterkotor 24-3-2025 08:57 AM
Tak best. Tengok Tawanchai tumbang lagi best... bertubi-tubi kena.
Quote mamajawie 24-3-2025 01:07 PM
Decaffeinated: Dia ni ka yang kawin Melayu tu ...


bini dia melayu Siam kalau x silap..sebab tu dia masuk Islam..bini dia pun sama2 Muay Thai gak
Quote mamajawie 24-3-2025 01:14 PM
wah baru tau Elrah sponsor Rodtang.. mantapppp El azman
Quote xflat67 24-3-2025 05:44 PM
Quote Zezo 24-3-2025 07:26 PM
Bila dah menang ni, elrah kira mendonia la juga.. ke idok?
Quote dekmieDandy 25-3-2025 09:05 AM
banyak ufc japanese ni cutu mute belaka ya, lagi sorang tu Kota Miura

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.048007 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top