CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki maut dibelit ular sawa gergasi sepanjang sembilan meter ketika cari pucuk paku

24-3-2025 07:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1356| Komen: 8

 


JAKARTA – Seorang penduduk ditemukan mati selepas dibelit seekor ular sawa gergasi sepanjang sembilan meter ketika mencari pucuk paku di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara, lapor portal berita Edisi Indonesia semalam.

Mangsa dikenali sebagai AM dan berusia 50 tahun. Dia baru sahaja kematian isteri dan seorang anaknya.

Menurut ketua polis tempatan, Asisten Komisioner Kartini Suryaningsih J, mangsa terpisah daripada kumpulannya ketika mencari pucuk paku.

Rakan-rakannya kemudian mendengar jeritan minta tolong sebelum menemukan AM dalam keadaan dibelit ular sawa sepanjang kira-kira sembilan meter.

Diameter ular itu dikatakan sebesar paha orang dewasa.

Walaupun cuba membantu, mangsa tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas pasukan penyelamat tiba.

Ular sawa itu kemudian melarikan diri dan sehingga kini, ia masih belum ditemukan. – AGENSI


SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote koko2 24-3-2025 02:25 PM
.....
Quote grouper 24-3-2025 02:39 PM
Tak sempat telan le tu..klau dah besar camni mmg ular tu tak takut org dah mmg dia yg cari org
Quote B40tastePosh 24-3-2025 03:30 PM
Sulawesi Barat dan Tenggara ni selalu kes orang mati kena belit dan telan dengan ular sawa.

Aku rasa ada orang situ yang terlanggar larangan atau ada buat salah.

Quote B40tastePosh 24-3-2025 03:34 PM
grouper replied at 24-3-2025 02:39 PM
Tak sempat telan le tu..klau dah besar camni mmg ular tu tak takut org dah mmg dia yg cari org

Bawa parang dipinggang....masa cabut parang dari sarung tu badan ular tu akan luka terbelah...ular akan belit dari kaki....naik ke leher....kalau dah sampai leher innalillah...lindungi leher dengan lengan tangan...siku naik ke atas.
Quote Skuau 24-3-2025 03:50 PM
negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
negara tertangga langka beras.
negara tertangga makan ubi.
         Yg Bener.
         Indon
           
Quote kakikuDibibirmu 24-3-2025 09:48 PM
ula sawa fatulutut badaroh, fi hausfital min taubat....

Dan artinya, ular sawa patuk lutut berdarah, pi hospital mintak ubat!
Quote syamzana 24-3-2025 10:06 PM
B40tastePosh replied at 24-3-2025 03:34 PM
Bawa parang dipinggang....masa cabut parang dari sarung tu badan ular tu akan luka terbelah...ular ...

baca explanation ni kalau iols berserah je la utk mati...agaknya baru kene belit kaki iols pengsan dulu kegelian...meremang wesss dgn kulit lembik2 basah lidah terjelir bercabang gitu
ular adalah binatang kombinasi geli+takut, tgk kat zoo pun agagagagagaga.
Quote kemaruk 24-3-2025 10:06 PM
"Ular sawa itu kemudian melarikan diri dan sehingga kini, ia masih belum ditemukan. – AGENSI"

Dah jadi beruang macam jho low ke

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.040479 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top