PETALING JAYA – Apakah tuan tanah yang harus dipersalahkan apabila mahu menjual tanah sendiri? Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membabitkan isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, hari ini. Ia selepas seorang pemimpin politik mendakwa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berbincang dengan pihak kuil sebelum menjual tanah di lokasi kuil tersebut. “Kalau (kuil) ada di situ selama 130 tahun, kenapa tiada langsung pengurusan kuil berjumpa DBKL menyatakan hasrat membeli atau menyewa tanah tersebut? “Ini tuan tanah dipersalahkan apabila nak jual tanah sendiri, patut yang menumpang atas tanah yang tanya tuan tanah nak jual ke apa,” katanya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini. Muhamad Akmal seterusnya mengingatkan Malaysia sebuah negara yang memiliki undang-undang, maka isu tersebut boleh dibawa dan diselesaikan secara adil di mahkamah.
“Jadi, jangan kita pusing sana pusing sini. Negara ada undang-undang, maka hormatilah undang-undang tersebut. ‘Full stop’ (noktah)!,” katanya. SUMBER: – KOSMO! ONLINE. |
pokokmeranti replied at 24-3-2025 07:50 AM
130 tahun? betul ke dakwaan pengurusan kuil situ? logiknya bila mula british bawa masuk cina dan ind ...
Decaffeinated replied at 24-3-2025 07:50 AM
Sebab 130 tahun dulu tak ada DBKL. Semua orang pun main pacak ja termasuk Yap Ah Loy.
tompie replied at 24-3-2025 12:08 PM
takda maknanye 130 tahun. nak debat pasal 130 taun pun buang masa aje... main petik aje...
Karang ka ...
B40tastePosh replied at 24-3-2025 09:11 AM
Kalau 130 tahun dulu DBKL tak wujud kenapa tanah tu tak menjadi milik kuil selepas DBKL wujud. Lan ...
hyie replied at 24-3-2025 10:13 AM
yang 130 tahun tu ada yang kata patung tu je, bukan kuilnya. Entoh ler nyah hoiii..pening nak melaya ...
ADVERTISEMENT