CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PBT perlu pastikan Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan dipatuhi – Dr. Zulkifli

24-3-2025 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1539| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Usaha pembinaan mana-mana kuil selepas ini perlu mematuhi Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan yang dikeluarkan oleh Malaysia Hindu Sangam.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan, kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memastikan agar garis panduan tersebut dipatuhi.

“Dalam dokumen itu jelas menegaskan kuil mesti dibina atas tanah milik sendiri kuil atau Jawatankuasa Pengurusan Kuil (JPK)

“Elakkan tanah yang disewa, dipajak, tanah rizab dan tanah dihuni tanpa kebenaran pemilik. Saya yakin, itu juga hasrat umum penganut Hindu dan Hindu Sangam,” katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebook, hari ini.

Kenyata itu dipercayai berkait dengan isu keberadaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman atas tanah milik Jakel di ibu negara.

Pengasas Jakel, Allahyarham Mohamed Jakel Ahmad mewakafkan tanah di Jalan Masjid India itu untuk pembinaan sebuah masjid bagi menampung keperluan komuniti di kawasan tersebut.


Penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman namun mencadangkan ‘tapak alternatif’ untuk pembinaan masjid berbanding memindahkan kuil didakwa berusia 130 tahun itu.

Terdahulu, penceramah bebas, Wong Wai Hung juga mengingatkan semua pihak tentang Garis Panduan Kuil Hindu Kebangsaan 2017 yang dikeluarkan oleh Malaysia Hindu Sangam.

Beliau menerusi satu kenyataan menegaskan, berdasarkan garis panduan itu, kuil mesti dibina di atas tanah milik sendiri atau diurus oleh JPK.

“Garis panduan itu sendiri menyatakan kuil tidak boleh dibina di atas tanah sewa, pajakan, tanah rizab atau tanah yang dihuni tanpa kebenaran pemilik,” katanya.  


SUMBER: – KOSMO! ONLINE.
 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 24-3-2025 08:12 AM
See....
Quote airfilterkotor 24-3-2025 08:15 AM
PBT PTG dan state gomen dah boleh la ronda-ronda pi tengok mana-mana aduan tentang pencerobohan tanah tuuu.
Quote tungkai 24-3-2025 09:57 AM
Bekas menteri yg bersuara. Yg menteri agama sekarang..?? Lemahh...
Quote TeropongThaico 24-3-2025 10:25 AM
La.... Dah ada garis panduan ke????
Ngapa tak ikut???? Bongok la
Tak pasal2 jd bahan utk bergaduh merusuh sampai nyawa melayang
Patut dgn pihak2 berwajib pun elok disaman sama... Apsal tak cakna
Quote SWORKS27 24-3-2025 10:42 AM
tungkai replied at 24-3-2025 01:57 AM
Bekas menteri yg bersuara. Yg menteri agama sekarang..?? Lemahh...

menteri sedia ada skrg bongok...x bley pakai....kompom next PRU melingkup....
Quote AnBulisia 24-3-2025 12:20 PM
rakyat boleh saman tak ke pihak pihak yang buat kuil haram ni?
Quote bpbbppbp 24-3-2025 12:22 PM
Pbt kne tegas dlm isu ni. Dri dlu lgi dah
Quote clueless_gamer 13-4-2025 01:03 PM
political correctness + overcompensating = politician / pbt skrg

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.041578 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top