PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani kad Hari Raya Aidilfitri untuk diutuskan kepada senarai penerima yang diperkenankan Seri Paduka Baginda. Menerusi perkongsian di Facebook Sultan Ibrahim, mengutus kad raya Aidilfitri merupakan tradisi tahunan yang begitu dekat di hati Seri Paduka Baginda. Penggunaan kad raya mengimbau zaman sebelum kemajuan teknologi komunikasi seperti kehadiran telefon bimbit. “Dahulu tiada telefon bimbit, tiada SMS (khidmat pesanan ringkas), (aplikasi) WhatsApp dan sebagainya. “Beginilah cara kita berhubung iaitu mengutus kad, menulis ucapan dan menurunkan tanda tangan,” titah Seri Paduka Baginda mengenang keindahan amalan silam yang penuh makna. SUMBER: – KOSMO! ONLINE. |
bluebutter replied at 24-3-2025 09:02 AM
Apa kat tangan tu?.
B40tastePosh replied at 24-3-2025 09:08 AM
Macam Wafak.
bluebutter replied at 24-3-2025 09:15 AM
Apa tu Wafak?.
Maaflah I Tanya, sebab nampak, takut lak kena apa apa sebab Tanya cam ni.
Nampak ca ...
B40tastePosh replied at 24-3-2025 09:19 AM
Wafak ni biasa dibuat guru Hikmah Insaniah.
Guna nombor mewakili huruf Hijaiyah, atau guna huruf ...
Thunderclouds replied at 24-3-2025 10:20 AM
Maleh nk ckp byk2 kang tak pasal lak khuens. Setau aku wafak ni ostard2 mmg selalu nasihat elakkn gu ...
Zazama replied at 24-3-2025 11:16 AM
Setuju dgn pendapat di atas. Elaklah kan apa2 penggantungan pd makhluk sebagai pendinding.
B40tastePosh replied at 24-3-2025 01:04 PM
Kalau guna Ibadah boleh, syarat jaga lidah, jari, sentiasa jaga wudhu, tidak dalam keadaan berhada ...
B40tastePosh replied at 24-3-2025 01:13 PM
Dia macam ni apa2 Ayat Al Quran yang tergantung di dinding kereta tu semua kategori Wafak.
L ...
Thunderclouds replied at 24-3-2025 10:20 AM
Maleh nk ckp byk2 kang tak pasal lak khuens. Setau aku wafak ni ostard2 mmg selalu nasihat elakkn gu ...
bpbbppbp replied at 24-3-2025 11:32 AM
Ada penyakit mistik ke smpai kne pkai bnde tuu. Rsau syirik je
ADVERTISEMENT