|
PETALING JAYA – Polis menahan seorang individu yang dipercayai mengugut untuk membunuh pendakwah bebas, Firdaus Wong berhubung isu pembinaan kuil. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan tangkapan itu bagi membantu siasatan. “Saya sahkan ada tangkapan berkaitan kes berkenaan dan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita, hari ini. Terdahulu, Firdaus Wong membuat laporan polis selepas mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Facebook susulan kenyataan beliau mengenai isu pembinaan kuil. SUMBER: – KOSMO! ONLINE. |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-5-2026 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064087 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.