CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Sharnaaz berjaya pujuk, selepas lima tahun tak buat filem’ - Shukri Yahaya

24-3-2025 02:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 884| Komen: 3|Original author: Raline



Screenshot 2025-03-24 082801.png


Lima tahun ‘menghilang’ dari layar perak, pelakon Shukri Yahaya akhirnya kembali beraksi menerusi filem Blood Brothers: Bara Naga, karya terbaru sutradara Syafiq Yusof.

Selain teruja dengan naskhah arahan Syafiq, Shukri,36, berkata kehadiran Sharnaaz Ahmad sebagai antara tunjang utama filem itu turut menjadi faktor besar dia menerima tawaran berkenaan.

“Selepas lima tahun, saya kembali buat filem semula. Saya rasa ini peluang terbaik untuk kembali, apatah lagi naskhah ini arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah hebat, semua orang kenal dia.

“Macam sebelum ini bukan tak mahu berlakon filem, tetapi tawaran selalu ‘clash’ dengan jadual drama.

“Sharnaaz berjaya pujuk saya, dia pun ada dalam filem ini, jadi saya susun semula jadual dan akhirnya dapat buat,” katanya kepada Kosmo! Online.

Mahukan graf dalam karier, dramatis itu juga mengakui enggan terus dikategorikan sebagai pelakon drama cinta atau air mata semata-mata.

“Ada orang kata saya asyik buat drama sahaja sudah tak buat filem lagi. Sejujurnya saya bukan memilih tetapi itu rezeki yang ada buat masa itu.

“Andai selepas filem ini ditayangkan, dapat sambutan orang nampak bakat saya dalam filem, saya akan teruskan,” ujarnya pada majlis ‘meet and greet’ dan temu bual bersama bintang Blood Brothers, semalam.

Bukan tiada langsung disuakan naskhah layar perak malah sepanjang lima tahun itu Shukri mendedahkan lebih 10 tawaran filem telah ditolak atas faktor jadual kerja.

“Sepanjang tempoh lima tahun itu, lebih 10 tawaran filem saya pernah tolak. Ada juga yang saya berikan kepada kawan-kawan pelakon lain. Tapi saya tak boleh sebut siapa.

“Saya kongsi rezeki dengan mereka, alhamdulillah mereka dapat buat dengan baik,” jelasnya.

Selain Shukri dan Sharnaaz, filem Blood Brothers: Bara Naga yang bakal ditayangkan bermula 10 April depan turut menampilkan Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Zamarul Hisam, Wan Hanafi Su dan Andy Teh

SUMBER: – KOSMO! ONLINE.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 25-3-2025 10:09 AM
dIA NI kalau ada biopik Ustaz Kazim bole jadi ustaz masa muda khuenzz cuolls semua? ekekekeke
Quote Manusiabesa 25-3-2025 10:11 AM
Bini dia lalu lalang kt fyp tt adoi tutup abis. Ok la nk berubah smpai smua aurat nk ttup tu kn tp tuhari nmpk dia tutup smpai mata pn ttup kau dh kenapa dok kt semenyih bkn tanah arab berdebu adoi la
Quote Sazreena 25-3-2025 03:33 PM
Ada Zamarul, Hanafi Wan Su..cam menarik la jugak the cast.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 03:32 PM GMT+8 , Processed in 0.092053 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top