Kontroversi mengenai keberadaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di tengah Kuala Lumpur menunjukkan tanda-tanda akan reda mulai hari ini. Ia berikutan persetujuan pihak pengurusan rumah ibadat Hindu itu berpindah ke tapak baru yang terletak tidak jauh dari situ. Setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan, Kaarthik Gunaseelan, berkata persetujuan itu dicapai semalam hasil perbincangan dan rundingan mereka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). “Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini. “Tapak baru itu berdekatan dan dalam kawasan Jalan Masjid India, serta sesuai sebagai tapak alternatif,” kata Karthik kepada Malaysiakini. Karthik berkata satu mesyuarat antara jawatankuasa kuil dengan DBKL untuk memuktamadkan perkara teknikal akan diadakan petang ini dan pengumuman rasmi dijangka menyusul. Pagi tadi Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kontroversi tanah berhampiran Jalan Masjid India, Kuala Lumpur itu mesti dikendalikan mengikut kedaulatan undang-undang. Dalam ucapannya sempena sambutan Hari Polis ke-218, Anwar berkata kuil Dewi Sri Pathrakaliamman itu didirikan di atas sebidang tanah tanpa kebenaran pemiliknya sebelum ini mahupun sekarang. Struktur semasa kuil berkenaan terletak di atas sebidang tanah di Jalan Munshi Abdullah, dikatakan telah dibina pada 1893, beberapa dekad sebelum DBKL dan agensi pendahulunya ditubuhkan. Selepas Merdeka, DBKL menjadi pemilik tanah sebelum dijual pada 2014 kepada syarikat tekstil Jakel Group. Jakel baru-baru ini mengumumkan rancangannya untuk membina sebuah masjid yang akan dinamakan Masjid Madani. Anwar dijadualkan merasmikan majlis pecah tanahnya Khamis ini.
|
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:28 PM
Saya berharap semakin banyak di seluruh negara kuil hindu dibina di atas tanah miliki kerajaan ataup ...
Skuau replied at 20-3-2025 03:31 AM
mengapa anda berharap sedemikian???????
Skuau replied at 20-3-2025 03:35 AM
untuk???
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:39 PM
Satu contoh Jadikan seperti singapore.
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 07:28 PM
Saya berharap semakin banyak di seluruh negara kuil hindu dibina di atas tanah miliki kerajaan ataup ...
Skuau replied at 20-3-2025 07:41 PM
dlm konteks???
sharlenetexas replied at 20-3-2025 09:18 PM
Kat singapore ada pacak kuil haram jugak ka
Skuau replied at 20-3-2025 03:41 AM
dlm konteks???
FOTHER-MUCKER replied at 20-3-2025 10:00 PM
Bermaksud di singapore mana ada penganut hindu dirikan kuil mereka sesuka hati kerana ianya satu l ...
Skuau replied at 20-3-2025 06:04 AM
salah 'pemimpin'.
ADVERTISEMENT