CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 3 tahun cedera otak saman pengasuh, pemilik taska RM1.45 juta

26-3-2025 03:04 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3779| Komen: 34|Original author: tatod

cedra_1742967222.jpg


Kuala Terengganu: Kanak-kanak berusia tiga tahun memfailkan saman sivil terhadap pengusaha dan tiga pengasuh taman asuhan kanak-kanak (taska) yang menyebabkannya mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala.

Saman sivil itu dikemukakan Ahmad Aysar Wildan melalui bapanya, Dr Ahmad Syamil Hadi Ibrahim, 31, yang mewakili anaknya menerusi peguam, Mohd Hazwan Hamidun dan Alif Danial Ahmad Shahrulnizam dari Firma Guaman Tetuan Rafaei & Co di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Saman sivil itu difailkan terhadap empat defendan iaitu Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 29; Nur Azreen Nazira Mohamad,24; Nuurakmal Syahirah Abdullah, 35; serta Salawati Sidek, 51, bagi tuntutan ganti secara bersama dan atau berasingan sebanyak RM1.45 juta termasuk ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta ganti rugi khas.

Mohd Hazwan berkata, tuntutan sivil bagi anak guamnya dilakukan kerana tindakan defendan pertama (Raja Noor Iffa Nadia) menyebabkan plantif yang ketika kejadian berusia empat bulan mengalami pendarahan di bahagian kiri otak, keretakan pada kiri tengkorak dan pendarahan pada bahagian retina kedua-dua matanya.

"Plaintif juga disahkan sebagai orang kurang upaya (OKU) akibat kecederaan itu dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)," katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Terengganu di sini hari ini.

Mohd Hazwan berkata, defendan kedua dan ketiga sebagai pengasuh yang berada di dalam bilik yang sama dengan Raja Noor Iffa Nadia (defendan pertama) melihat dan berada di tempat kejadian tidak mencegah atau melarang defendan pertama daripada mengasari dan mencederakan plaintif.

Katanya, Nur Azreen Nazira selaku defendan kedua juga dilihat turut mengasari plaintif beberapa kali.

"Defendan keempat selaku pemilik taska pula melakukan kecuaian apabila gagal memastikan semua pengasuh mematuhi etika dan menjalankan kerja dengan baik.

"Beliau sebagai majikan dan pemilik taska turut bertanggungan secara vikarius atas tindakan pengasuh terbabit.

"Walaupun defendan pertama selaku pelaku utama sudah dikenakan denda RM15,000 setiap satu bagi ketiga-tiga pertuduhan selepas mengaku salah di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 16 Disember tahun lalu, kita failkan tindakan sivil supaya anak guam saya mendapat ganti rugi disebabkan kecederaan dialaminya," katanya.

Susulan saman difailkan itu, mahkamah menetapkan 22 April depan untuk sebutan kes.

Sementara itu, Dr Ahmad Syamil Hadi berharap anak mendapat keadilan ke atas kecederaan yang dialaminya selain berharap tuntutan itu dapat digunakan anaknya pada masa akan datang.

"Kejadian itu menyebabkan anak saya yang dilahirkan normal menjadi OKU dan terpaksa menjalani fisioterapi setiap minggu kerana tangan dan kaki kanannya tidak boleh berfungsi dengan normal.

"Malah, perkembangan juga 'delay' dan keadaan emosinya juga tidak stabil, doktor suspek dia mungkin autisme.

"Semoga anak saya dapat pembalasan yang baik sebab apa yang jadi sangat di luar jangkaan dan tidak berperikemanusiaan.

"Kes jenayah memang sudah selesai tetapi kami akan teruskan dengan Mahkamah Sivil," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan koma selepas dipercayai didera pengasuh dalam kejadian di sebuah taska di daerah ini pada Januari 2023.- Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 26-3-2025 03:07 PM
saman
Quote cikatilia 26-3-2025 03:14 PM
saman sampai londeh semua
Quote airmineral 26-3-2025 04:42 PM
kesian kat baby tu..
Quote PULANGKAN 26-3-2025 04:48 PM
menyebabkan plantif yang ketika kejadian berusia empat bulan mengalami pendarahan di bahagian kiri otak, keretakan pada kiri tengkorak dan pendarahan pada bahagian retina kedua-dua matanya.

menyebabkannya mengalami pendarahan dalam otak dan keretakan pada tempurung kepala

defendan kedua dan ketiga sebagai pengasuh yang berada di dalam bilik yang sama dengan Raja Noor Iffa Nadia (defendan pertama) melihat dan berada di tempat kejadian tidak mencegah atau melarang defendan pertama daripada mengasari dan mencederakan plaintif.

Katanya, Nur Azreen Nazira selaku defendan kedua juga dilihat turut mengasari plaintif beberapa kali.


setan.. aku nak hukuman paling berat untuk semua setan-setan ni. kejam, tak berperikemanusiaan

cacatkan kesemua pesalah ni sekali sampai jadi OKU
Quote grouper 26-3-2025 06:16 PM
Klau x dapat bayar saman tu apa jadi
Quote doubleA 26-3-2025 06:23 PM
Fight. Jangankan anak org lain pula jadi mangsa tamak dan zalim manusia2 ni
Quote sapeka 26-3-2025 06:50 PM
Lawan
Untuk pengajaran
Quote dani-rox 26-3-2025 07:12 PM
itupun nilai masih ciput kalo dibandingkan dgn kekurangan upaya dan masalah kesihatan Ahmad Aysar, yg terpaksa ditanggungnya utk seumur hidup.
Quote kepompong 26-3-2025 07:52 PM
1.45juta tu sikitt sgt  nak dibandingjan dgn effort buat rawatan apa semua
Quote tumpanglalu74 26-3-2025 08:44 PM
Edited by tumpanglalu74 at 26-3-2025 08:57 PM

Budak betine kemarok zantan jangan dibagi pakai fon mase jage baby.  Konfem takkan cuci taik anak orang punye la.
Quote Vikashraj 26-3-2025 08:56 PM
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/3-different-way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-t5AcQhP25b/Steps/4221288
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/5-different-way-to-call-united-airlines-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-6HP54aeTjr/Steps/4221478
https://expediaairguide.stonly.com/kb/guide/en/way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-unlimated-guide-xzAI7ztN98/Steps/4221840
Quote cmf_jeangrey 26-3-2025 09:55 PM
Sikit..considering jangka hayat adik ni panjang..patut claim rm5 juta

Set the bar high senang jadi ikutan bakal mangsa yg lain
Quote Carcosa 27-3-2025 03:51 AM
Padan muka setan2 berempat tu. Semoga jadi pengajaran utk binatang2 yg gigih la bukak taska, tapi ambik pekerja2 yg betina2 bodoh tak sekolah tinggi yg sebokkk nak main tiktok. Muka dahla huduh, perangai masing2 jijik!
Ni setan2 berempat ni semoga kalah case ni. Padan muka engkau tak lena tido mikirkan kena bayar saman.
Quote ulamalu 27-3-2025 06:25 AM
Mrk buat apa dgn bayi tersebut?
Quote rayna_raynes 27-3-2025 06:57 AM
grouper replied at 26-3-2025 06:16 PM
Klau x dapat bayar saman tu apa jadi

Bankrupt la
Quote rayna_raynes 27-3-2025 07:00 AM
ulamalu replied at 27-3-2025 06:25 AM
Mrk buat apa dgn bayi tersebut?

siasatan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek telah memukul bahagian kepala mangsa dengan tangan, menghempas dan menggoncang tubuh mangsa.

Entah apa salah budak tu dekat Raja Noor Iffa Nadia ni
Quote Insomniac 27-3-2025 07:08 AM
Kena saman pon belum tentu taska tu boleh bayar. Just menang atas kertas je.
Sian adik Asyar. Merana seumur hidup

Jkm x boleh pakai. Bukan ye nak keje elok2. Berintegriti ilek
Quote DukunSentet 27-3-2025 07:38 AM
PULANGKAN replied at 26-3-2025 04:48 PM
setan.. aku nak hukuman paling berat untuk semua setan-setan ni. kejam, tak berperikemanusiaan ...

Kang pesalah nie jadi oku dah nak kena orang lain pulak jagakan..nak bayar elaun oku lagi..wat perabeh borehhh jah..kasi saman kaw2 sampai luruh bulu memasing dan sila mereput dalam penjara sampai kerepot..
Quote afie_m 27-3-2025 08:48 AM
kesiannya, biar padan muka masing2

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.059679 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top