CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anggota tentera maut dipercayai mangsa 'ragging'

26-3-2025 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4351| Komen: 43|Original author: tatod

PIXX-20242706-LIMBANG-BERNAMA-POLIS.jpg


Kuching: Seorang anggota tentera meninggal dunia dipercayai mengalami kecederaan dalaman selepas didera anggota senior di kem di Miri, kelmarin.

Anggota berusia 21 tahun berasal dari Puchong, Selangor itu disahkan meninggal dunia di Hospital Miri.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, mengesahkan kejadian itu namun tiada butiran lanjut sama ada anggota senior ditahan untuk siasatan.

Difahamkan, pada 2.15 pagi Isnin lalu, mangsa yang sedang tidur di berek bujang kem berkenaan dikejutkan oleh dua anggota senior untuk bersahur.

Namun sebelum bersahur, dua anggota senior mengarahkan mangsa untuk melakukan 'commando rest' (pacak kepala di lantai, tangan ke belakang) selama dua minit dan tekan tubi sebanyak 20 kali.

Mangsa yang berpeluh kemudian berdiri namun terus pitam dan kejadian itu kemudian dimaklumkan kepada seorang anggota berpangkat Koperal yang juga ketua bilik bujang di berek berkenaan.

Ketua bilik bujang itu menghantar anggota ke Hospital Miri namun doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 3.05 pagi.- Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bpbbppbp 26-3-2025 03:11 PM
Kesiannya..
Quote AnBulisia 26-3-2025 03:14 PM
cerita buli yang tidak berpenghujung
Quote Skuau 26-3-2025 03:14 PM
Edited by Skuau at 26-3-2025 03:15 PM

memangla ASKAR tu tak boleh BERkelempuk...tableh jugok korang buat sampai camtu sekali...
Quote AbukRokok 26-3-2025 03:32 PM
klu lembik xyah msuk askar
kita guna drone robotik berkuasa AI je
jimat pencen
Quote Decaffeinated 26-3-2025 03:32 PM
at least mereka tak tinggal puasa

- acik husnuzon

Quote pooh~key 26-3-2025 03:35 PM
Akak syak aiskrim llao llao tealive mixue chagee apa lanciao semua tulah yang buat manusia jadi lembik sissy.
Quote monreyes 26-3-2025 03:49 PM
tahniah kerana berjaya menempatkan diri anda dlm jel dan menggelapkan masa depan sendiri...
Quote akuMNdia 26-3-2025 04:10 PM
ingatkan tinggi nau pangkat yg ragging tu..rupa2nyer prebet gak.
Quote pokokmeranti 26-3-2025 04:23 PM
macam mana la nak ajak anak muda masuk tentera....byk sgt kes kematian yg memilukan.
Quote bpbbppbp 26-3-2025 04:26 PM
Klau punca kematian dia trauma tumpul pada dada, maybe dia kne tumbuk or tendang pada dada. Tu punca biasa trauma tumpul. commando rest, tekan tubi x mnyebbkan trauma tumpul
Quote Skuau 26-3-2025 04:26 PM
pokokmeranti replied at 26-3-2025 04:23 PM
macam mana la nak ajak anak muda masuk tentera....byk sgt kes kematian yg memilukan.

apa pasal mau masuk askar...jaga bangla supaya 'aman' berniaga tanpa lesen dlm ini nigara ka????
Quote exclusive_vvip 26-3-2025 07:19 PM
bpbbppbp replied at 26-3-2025 04:26 PM
Klau punca kematian dia trauma tumpul pada dada, maybe dia kne tumbuk or tendang pada dada. Tu punca ...

tu la..iols pun syak ada benda lain lagi yg senior2 tu buat kat mangsa..biasa je dok dengar commando rest ni
Quote kakikuDibibirmu 26-3-2025 08:04 PM
Skuau replied at 26-3-2025 04:26 PM
apa pasal mau masuk askar...jaga bangla supaya 'aman' berniaga tanpa lesen dlm ini nigara ka????:l ...

suatu hari nanti
pastikan bercahaya
pintu akan terbuka
kita langkah bersama

di sutu kita lihat
bersinarlah hakikat
debu jadi permata
hina jadi mulia



[youtube]a5_H4SUImGY[/youtube]

http://youtu.be/a5_H4SUImGY
Quote kakikuDibibirmu 26-3-2025 08:07 PM
Baik kita jadi tentererrrrrr, mengawal negarerrrrrr...



[youtube]AfqwILYTNG0[/youtube]

http://youtu.be/AfqwILYTNG0
Quote TeropongThaico 26-3-2025 08:54 PM
Innalillahwainnalillahirojiun
Mcm tak sama je cerita dgn punca meninggal. Deme niii dah ada yg nak jd askar dibuli dibunuhnya pula. Esok2 negara kena serang sapa yg nak tlg pertahankan... Nak harap kami2 acik porem ni mmg reti lawan dlm ni je weh
Quote Vikashraj 26-3-2025 08:55 PM
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/3-different-way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-t5AcQhP25b/Steps/4221288
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/5-different-way-to-call-united-airlines-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-6HP54aeTjr/Steps/4221478
https://expediaairguide.stonly.com/kb/guide/en/way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-unlimated-guide-xzAI7ztN98/Steps/4221840
Quote haruslah 26-3-2025 09:42 PM
Kat fb ramai "aku dulu........"
Quote dua_chzy 26-3-2025 09:48 PM
Still happening?

Dem this world.
Quote DukunSentet 26-3-2025 09:57 PM
Tak sampai sejam bangun tido tup2 dah meninggal..Ish3 tragis betul..tue kalau x meninggal ntah apa lagi lah nak di ragging nya sampai AJM..

Orang tue jadi askar nak pertahankan negara..sekali mati katak camtue ja..what a waste of life..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-4-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.095308 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top