CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengalaman dalam lokap jentik hati peluk Islam

26-3-2025 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1516| Komen: 7|Original author: tatod

0326rsvijay_1742962984.jpg


Kota Bharu: Pengalaman ditahan reman selama tujuh hari dalam lokap membawa kepada lembaran hidup baharu buat S Vijay Supaiah apabila mula mengenali Islam dengan lebih mendalam.

Melihat seorang tahanan reman lain menunaikan solat lima waktu sehari selain solat sunat di dalam lokap menarik perhatian S Vijay, 43, seterusnya bertanyakan tujuan solat kepada lelaki terbabit.

Sebaik dibebaskan, S Vijay yang berasal dari Kluang, Johor itu memberitahu isterinya bahawa dia ingin memeluk Islam namun mengambil masa kerana ingin mendalami mengenai Islam terlebih dahulu.

S Vijay berkata, dia mula mendalami Islam dengan merujuk kepada agamawan selain sering menghadirkan diri ke masjid dan selepas tiga tahun pencariannya, dia akhirnya memeluk Islam pada 2022 dan menggunakan nama Mohd S Vijay.

"Saya bersama isteri dan lapan anak ketika itu menaiki bas dari Johor datang ke Kelantan untuk memeluk Islam dan pada mulanya hanya saya dan anak perempuan sulung sahaja yang mengucap dua kalimah syahadah.

"Beberapa minggu selepas itu, isteri serta anak yang lain turut menyusul dan selepas bergelar Muslim, kami sekeluarga terus menetap di Kelantan kerana bagi kami, negeri ini sangat sesuai untuk mendalami Islam," katanya.

Mohd S Vijay yang menyara hidup sebagai penjual cendol berkata, berlaku tentangan daripada keluarga kedua-dua belah pihak namun lama-kelamaan mereka dapat menerimanya.

Mengakui adakalanya iman naik dan turun, namun dia menguatkan semangatnya dengan kerap hadir ke masjid kerana baginya dengan cara itu sahaja dapat mengubati 'kerinduannya' terhadap keseronokan lalu.

"Dulu saya kerap terbabit dengan perkara yang tidak elok namun kini secara automatik saya hentikan terus semua perbuatan dilarang agama Islam.

"Sebab itulah saya membawa keluarga datang ke sini kerana menganggap sangat sesuai untuk terus istiqamah tambahan pula banyak tempat pengajian yang boleh dikunjungi untuk kami mendalami lagi pasal Islam," katanya yang ditemui di pejabat urusan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Cawangan Kelantan, di sini.

Mohd S Vijay yang kini berdepan dengan faktor kesihatan iaitu buah pinggang tahap tiga selain masalah jantung menganggap semua itu adalah ujian dan langsung tidak menyalahkan takdir.

Dia percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik perancang dan doanya setiap hari supaya mereka sekeluarga terus istiqamah selain dipermudahkan segala urusan.

"Allah sudah pilih saya dan keluarga untuk jalani hidup sebegini, Alhamdulillah. Semua yang berlaku pasti ada hikmah," katanya.- Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 26-3-2025 02:47 PM
alhamdulillah.  moga ada pembimbing yang bantu saudara s ni
Quote Decaffeinated 26-3-2025 03:47 PM
Memang ugama Islam ni sesuai dengan jiwa orang India (selain Hindu). Memang dorang pun bawa Islam ke tanah melayu kan?
Quote Vikashraj 26-3-2025 08:55 PM
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/3-different-way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-t5AcQhP25b/Steps/4221288
https://airtravelguide.stonly.com/kb/guide/en/5-different-way-to-call-united-airlines-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-step-by-step-guide-6HP54aeTjr/Steps/4221478
https://expediaairguide.stonly.com/kb/guide/en/way-to-call-expedia-customer-service-via-phone-email-or-chat-option-unlimated-guide-xzAI7ztN98/Steps/4221840
Quote Samerosie 26-3-2025 09:11 PM
How ironic.  Most yg 'found' Islam while they were in jail, mcm mike tyson.  Maknanya apa?
Quote Kimberly_barnes 30-3-2025 08:35 PM
Saya sangat teruja untuk berkongsi pengalaman positif saya dengan Perkhidmatan Siber Forensik Data, yang berjaya membantu saya memulihkan mata wang digital saya daripada penipu.
Jika anda menjadi mangsa penipuan mata wang kripto, saya amat mengesyorkan agar anda menghubungi Perkhidmatan Siber Pemulihan Forensik Data. Kepakaran dan bantuan mereka amat berharga dalam memulihkan aset anda yang hilang.
Mari sebarkan kesedaran tentang penipuan ini dan sokong mereka yang terjejas. Kudos kepada Perkhidmatan Siber Pemulihan Forensik Data atas kerja luar biasa mereka!" anda boleh menghubungi mereka melalui
E-mel: [email protected]
WhatsApp:+1(315)612-1269
laman web:https://www.data-forensics.de/
Quote misszazaz 3-4-2025 04:46 PM
Alhamdulillah
Quote batmana 4-4-2025 08:33 AM
Alhamdulillah..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2025 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.085918 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top