CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Klip video penampilan Amy Mastura dalam drama Jepun tular

11-4-2025 08:19 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2204| Komen: 16|Original author: tatod

1000013035.png



KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi, Amy Mastura, 54, tidak menyangka klip video kemunculan istimewa dalam drama bersiri Jepun dahulu menjadi tular dalam TikTok.

Amy atau nama sebenarnya, Amy Mastura Suhaimi berkata, dia sendiri tidak ingat pembabitannya dalam drama bersiri itu.

Namun, Amy berkata, dia masih ingat pengalaman bekerja dengan produksi Jepun yang sangat mengagumkan.



"Pengurusan mereka sangat tersusun rapi dan dirancang cukup baik. Mereka siap buat peta KLCC dan orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka hati ketika penggambaran.

"Saya sahaja dibenarkan ambil gambar dengan peminat. Peminat pelakon Jepun pun ambil gambar dengan saya sahaja. Selepas tamat penggambaran, barulah dapat bergambar ramai-ramai.

"Itu sahaja yang saya ingat. Sebab hal-hal lain saya memang tak faham mereka cakap apa," katanya.

Walaupun kemunculannya cuma sangat pendek, Amy menyifatkan pengalaman itu cukup berharga buatnya. Dapat terbabit produksi Jepun benar-benar memberinya kepuasan berbeza.

"Dapatlah merasa bagaimana bekerja dengan orang Jepun. Ingatkan mungkin boleh buat buat kemunculan lagi. Rupa-rupanya, watak ini sudah tidak menggunakan topeng wajah saya.

"Apapun, saya berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Walaupun kecil, tapi dapat jugalah merasa," katanya.



Dalam klip babak tular itu, Amy membawakan watak penjual mainan di taman riadah.

Bagaimanapun, watak itu sebenarnya seorang lelaki yang sekadar menggunakan topeng wajah Amy.

Klip dimuat naik di TikTok itu berjaya meraih lebih 1.2 juta tontonan, lebih 112,400 tanda suka dan lebih 970 komen.

Menerusi ruangan komen, drama itu dikatakan berjudul Kindaichi Case Files Gate of Jail Private School Murders yang pernah ditayangkan di saluran ntv7 pada 2013.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 11-4-2025 06:26 AM
Ingatkan drama tahun ni or last year. Rupanya 2013. Nengok dlm video tu sama je dgn muka dia skg ni
Quote borrow 11-4-2025 08:15 AM
owh citer kindaichi. Mmg ada tgk citer kindaici yg Yamada berlakon tp wai ai tak igt ada Amy mastura
Quote BoongaKertas 11-4-2025 09:11 AM
omg muka kak amy maintain giler till now eh. apa amalan sheols. iols nakkkkkkk
Quote kucingitam 11-4-2025 09:11 AM
sama je muka dia ni dari dulu sampai sekarang
Quote kechikchomel 11-4-2025 09:49 AM
borrow replied at 11-4-2025 08:15 AM
owh citer kindaichi. Mmg ada tgk citer kindaici yg Yamada berlakon tp wai ai tak igt ada Amy mastura ...

rasanya movie ni. dorang shooting kat Taman Negara Pahang.
Nickhun pun berlakon sekali dalam movie ni.
Quote myvi132806 11-4-2025 10:00 AM
muka maintan muda yerr
teringat masa jadik puteri nora
Quote TabletSusu 11-4-2025 10:14 AM
aku rasa amy ni mmg x pernah stress lah. sentiasa happy je tgk dia
Quote Cenderakirana9 11-4-2025 01:27 PM
Wow muka dia betul2 maintain.
Quote dua_chzy 11-4-2025 01:36 PM
Huih dia hado buat cameo Kindaichi Case Files?
Quote borrow 11-4-2025 02:12 PM
kechikchomel replied at 11-4-2025 09:49 AM
rasanya movie ni. dorang shooting kat Taman Negara Pahang.
Nickhun pun berlakon sekali dalam movie ...

ic. Rasanya ai tgk yg jdrama ja.
Quote fadz84 11-4-2025 02:48 PM
TabletSusu replied at 11-4-2025 10:14 AM
aku rasa amy ni mmg x pernah stress lah. sentiasa happy je tgk dia

tgk la dia cite pengalaman dia masa jd stewardess & mula menyanyi kat potcast zarul umbrella tu.. semuanya mudah.. pegi interview Singapore Airlines, x lepas sbb tinggi x cukup.. pastu MAS hantar surat panggil dia interview.. terus dpt.. jadi penyanyi pun, mulanya x layak pegi final Asia Bagus, pastu peserta final x cukup 10 org, so produksi panggil dia untuk cukupkan korum.. last2 jadi juara Asia Bagus 93 tu...
Quote bankerpencen 11-4-2025 05:50 PM
Aku tgk cerita ni untuk Wu Chun tu. Terkezut bila nampak amy mastura. Hahaha
Quote sleepandream 11-4-2025 10:14 PM
apa maksud dia watak lelaki pakai topeng wajah amy?
Quote immortallez 12-4-2025 07:20 AM
Bukan nak kata apa la kan tapi muka Amy ni memang maintain muda ceria. Padahal dah 50an kan. Anak2 perempuan dia yg sulung tu muka nampak garang memang tak ada ikut langsung muka mak nya. Yg bongsu pun muka biasa je
Quote apa_apa 13-4-2025 11:27 AM
Edited by apa_apa at 13-4-2025 11:31 AM

Pernah naik penerbangan MH93 sektor Los Angeles - Narita, Tokyo pada Februari 1993, Amy Mastura bertugas dengan ceria, senyum ja layani penumpang. Masa tu Amy belum terkenal, menang sebagai juara Asia Bagus pada hujung tahun tu, November 1993.. Krisdayanti juara Asia Bagus edisi pertama pada 1992.
Quote apa_apa 13-4-2025 11:35 AM
immortallez replied at 12-4-2025 07:20 AM
Bukan nak kata apa la kan tapi muka Amy ni memang maintain muda ceria. Padahal dah 50an kan. Anak2 p ...

Amy Mastura usia 54 tahun ini. Ada iras rupa sepupunya artis 80an, Mazuin Hamzah..

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.039280 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top