Penyanyi, Zehra Zambri mengakui sudah letih dengan kemelut rumah tangganya dan suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin yang sudah lama berlanjutan.
Zehra, 37, berkata, dia ingin dilepaskan dengan baik kerana sudah tidak tahan dengan kesakitan yang ditanggung selama ini sehingga memudaratkan kesihatan mental serta fizikal.
Saya letih, sangat letih. Saya memilih untuk diamkan diri kerana nanti kalau bersuara saya akan kena semula. Kes cerai ini perlu diselesaikan segera.
Kemelut yang berlaku sudah lama dan sangat memudaratkan saya. Kerjaya seni juga sedikit terjejas, saya fikir habis GV boleh fokus dengan karier tapi lain pula jadi. Cerita rumah tangga pula yang keluar.
Zehra berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi pada Khamis bagi prosiding pertama kes perceraiannya.
Dalam masa sama, penyanyi lagu Semalakama itu memberitahu dia dan suami masih tinggal sebumbung demi memastikan anaknya tidak terkesan dengan apa yang berlaku.

Saya dan dia masih sebumbung, kami masih duduk rumah yang sama, dia tidak mahu keluar dari rumah, rumah itu rumah saya.
Anak masih kecil, dia belum faham apa yang berlaku. Anak juga lebih banyak meluangkan masa dengan saya. Anak okay sahaja.
Disoal adakah wujud perbincangan di luar mahkamah antara kedua pihak, bintang GV11 itu memberitahu perkara tersebut tidak akan berlaku.
Katanya, lebih baik mendiamkan diri dan menyerahkan sepenuhnya kes perceraian kepada pihak mahkamah.
Tiada perbincangan di luar mahkamah antara kami. Saya sudah fikir sedalam-dalamnya sebelum buat keputusan untuk fail cerai.
Sekarang ini saya mahu jaga mental dan fizikal saya, nanti saya akan dituduh gila pula. Langkah terbaik adalah diam dan jadi bodoh.
Orang tak tahu apa yang saya tanggung, lama sudah saya pendam. Tetapi apabila sudah memudaratkan saya wajar untuk saya minta cerai.
Bagilah kerjasama, itu sahaja yang saya harapkan. Anak perlukan ibunya yang sihat. Saya terlalu sayangkan orang lain lebih daripada diri sendiri, sekarang nak sihatkan semula diri.
Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan cerai secara ‘fast track’ terhadap suami selepas mendakwa selama tiga tahun berkorban mempertahankan rumah tangga.
Pada prosiding pertama yang berlangsung pada Khamis, Iqwan bagaimanapun enggan melepaskan Zehra dan mahkamah memutuskan kedua-dua pihak menjalani proses Jawatakankuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.
Untuk rekod, Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Zahiyah Iqleela yang kini berusia dua tahun setengah.
Sebelum itu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri pada 14 Oktober 2017, namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.
Iqwan juga pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|