|
MEMASUKI usia tujuh tahun, anak perempuan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah (Aafiyah) kini semakin aktif menceburi bidang sukan. Buktinya, pada hari sukan sekolah baru-baru ini Aafiyah menyertai dua acara larian. Minatnya terhadap sukan olahraga dikatakan hasil dorongan daripada ibunya yang juga aktif bersukan seawal usia kanak-kanak. "Hari sukan sekolah Aafiyah, pengalaman berharga untuk anak ibu, cabar diri untuk berikan yang terbaik. "Ibu dulu nikmati setiap pengalaman indah ini, ibu menang dan kalah setiap kali dalam sukan, tapi paling suka bila ibu cabar diri dan habiskan setiap larian, good job Aafiyah," ujarnya menerusi hantaran di Instagram pada Ahad.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-2-2026 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.042202 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.