CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Polis didesak ambil tindakan khas terhadap ‘Sarjan Alang’, bimbang kalau terjadi kemalangan

14-4-2025 08:47 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1483| Komen: 5|Original author: tatod


1000014598.jpg



SIAPA tidak kenal dengan Sarjan Alang, seorang lelaki istimewa yang berjaya mencuit hati rakyat Malaysia kerana sering berpenampilan dan berkelakuan seperti anggota polis terutamanya di Klang, Selangor.


Namun, tindakkanya yang cuba mengawal lalu lintas di sebuah lokasi di Klang baru-baru ini mengundang perdebatan dalam kalangan warga maya.


Melalui video tular yang dimuat naik di laman X (Twitter), insiden itu dipercayai berlaku susulan kejadian banjir kilat yang melanda kawasan berkenaan akibat hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa laluan utama.


Sarjan Alang dilihat mengenakan pakaian menyerupai uniform pasukan keselamatan ketika mengatur aliran kenderaan di lokasi berkenaan dan berada di tengah-tengah jalan raya yang sesak.



Walaupun niatnya itu murni, namun, tindakannya itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai yang bimbang terhadap aspek keselamatan Sarjan Alang serta pengguna jalan raya lain.


Seorang pengguna platform X, Husin, berpandangan tindakan lelaki istimewa berkenaan perlu dikawal memandangkan lokasi yang terlibat merupakan laluan utama.

"Setakat jalan kampung mungkin tidak menjadi masalah, tetapi ini melibatkan jalan utama. Bimbang jika berlaku perkara tidak diingini seperti kemalangan," tulisnya.

Seorang lagi warga maya, dikenali sebagai K.H Yon turut setuju dengan pendapat Husin dan berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang sesuai demi kebaikan bersama.

"Harap ada tindakan diambil," katanya ringkas.

Sementara itu,, seorang lagi pengguna X, achik_jerr turut mengemukakan persoalan dari sudut perundangan berkaitan tindakan Sarjan Alang yang berpakaian seperti anggota polis.

“Aku ada soalan serius, dia pakai macam itu kan, tak langgar undang-undang ke? Menyamar sebagai polis, tanya sahaja,” tulisnya.

Secara umumnya, Seksyen 170 Kanun Keseksaan memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jika seseorang dengan niat menyamar sebagai penjawat awam, termasuk anggota polis.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa berhubung tindakan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berharap agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin, selain menangani situasi ini dengan penuh hikmah memandangkan keadaan istimewa individu tersebut.

Sarjan Alang sebelum ini menjadi tular dalam pelbagai video di media sosial kerana sering menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang kepolisan dan keselamatan awam, sekali gus meraih perhatian dan simpati masyarakat. — Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 14-4-2025 11:23 AM
Yg amek video ni ke suruh dia buat cmtu? Nape tuan video ni tak tegur
Quote Skuau 14-4-2025 11:31 AM
mohon 'nasihatkan' dia terlebih dahulu...yg bermaksud..cakp elok2,bg penjelasan drp sudut keselamatan dan undang2.
Quote Purestteam1 14-4-2025 12:19 PM
sama gak peniaga jeruk tengah jalan... nampak bahaya
Quote Cyempaka 14-4-2025 12:56 PM
aku terkejut baca komen kat tiktok. budak2 sana ok2 je dan rasa benda ni kelakar sbb mamat ni 3suku. siap ada yg cakap dgn org gila pun nak bitter..
seriusla.. kalau dia gila kawad sorang2 xde sapa kisah pun, ni main jalanraya bahayakan orang ramai pun boleh rasa kelakar ke..
kang ada yg pakai vest polis pegi buat jenayah, kena tangkap guna alasan gila, kau jugak nak melompat
Quote Decaffeinated 14-4-2025 05:50 PM
Kegilaan 3 tingkat

1. Pakai vest polis
2. Directing traffic, buatnya ada yang percaya ikut cakap dia masuk longkang
3. Enabler yang kata benda ni kelakar

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033515 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top