CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Linda Hashim kongsi gambar muka lebam-lebam

14-4-2025 08:51 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2351| Komen: 6|Original author: Raline

ld.PNG

Perkongsian terbaharu pelakon, Linda Hashim di TikTok telah menyorot perhatian dan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Masakan tidak, Linda atau nama lengkapnya Norhazlinda Hashim dilihat memuat naik gambar dirinya yang sedang duduk termenung dengan kesan solekan lebam di bahagian mukanya.

Lebih mencuri perhatian, pelakon drama ‘Pasukan Gerakan Marin’ itu seakan memberi bayangan telah berdepan dengan situasi itu sejak dari tahun 2016.



Perkongsian itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tertanya akan maksud sebenar di sebalik kapsyen ditulis.

Selain berspekulasi, ada juga netizen beranggapan hantaran tersebut adalah berkaitan dengan drama terbaharu lakonannya.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Linda terus kuat dan tabah berdepan dengan segala ujian kehidupan.

Sekadar info, Linda memfailkan cerai terhadap Beego dengan alasan mereka sudah tiada persefahaman awal Januari lalu.

Sebelum itu, pada 27 Mac 2023, pasangan ini bercerai talak satu sebelum sepakat untuk rujuk semula pada 9 April 2023.



Linda turut mendedahkan mereka kemudiannya bercerai buat kali kedua selepas beberapa bulan rujuk namun kembali bersama tidak lama selepas itu.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Jun 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 11, Anggun Cassandra, 10, dan Indah Camelia yang kini berusia enam tahun.

Sumber: Oh Bulan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 14-4-2025 11:21 AM
Up gambar... Biar org berteka teki msg2 cuba reka crta yg sesedap tekak. Yg dia ni pun up mmg mengajak serata alam kecam belah sinun ke?
Quote apedehal 14-4-2025 11:24 AM
acikonion replied at 14-4-2025 11:21 AM
Up gambar... Biar org berteka teki msg2 cuba reka crta yg sesedap tekak. Yg dia ni pun up mmg mengaj ...

Siap caption since 2016...pastu bile netz speku bukan2 mula la lps tangan or maki plak
Quote misszazaz 14-4-2025 04:15 PM
pulak
Quote asfaz 14-4-2025 04:31 PM
dah dpt lepas,rujuk balik. Kiranya kalau kali ni cerai jugak yg ke3 la kan?
Quote Shayang 14-4-2025 07:06 PM
Bila dia nk tukar nama jd nama dia sendiri jer

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.036516 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top